Jom Follow

Isnin, 13 Disember 2010

Safira Club2

Salam.
Salam Perjuangan.
Salam Pengorbanan.
Salam Kemenangan.

10 tahun menekuni industri semakin lama semakin mencintainya. Dulu join hanyalah menampung gaji yang kurang. Nak duit je. Kini menjadi kerjaya utama dan sekarang ini giat membantu ramai orang mencapai impian masing-masing. Dulu setakat Malaysia, tapi kini dah sampai ke Indonesia. Khabar terbaru dari syarikat, dah boleh menaja dimana sahaja yang kita mampu. Semakin luas medan yang boleh kita terokai. boleh berkerja sehingga selama mana yang kita mahu.
Kenapa mlm?
mudah dan seronok.
  • modal kecil kalau nak berniaga lain.
  • tak ada pejabat.
  • tak ada pekerja.
  • tak ada bos.
  • tak ada pakaian khusus.
  • bekerja hanya dengan orang yang kita suka.
  • tak ada kedai.
  • masa kerja kita yang tentukan.
  • ke mana kita nak pergi kita yang tentukan.
  • pendapatan kita yang tentukan.
  • setiap tahun boleh pergi melancong.
  • jumpa dengan ramai orang dan bermacam-macam ragam serta berbagai-bagai kebolehan.
  • tak teperangkap dijalanan, jalan jam.
  • suburkan hobi.
  • 10/12/10 kami bermalam di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas. Check in pun dah jam 11.30 pm. Perjalanan dari Melaka banyak kali berhenti. rehat, makan dan hujan. rehat di Kawasan Rehat Seremban, ke rumah Siti Rohani, hujan diperjalanan, solat di Kawasan Rehat Gunung Semanggol terjumpa Cdm Muhammad Razali, makan mee udang Sungai Dua. Hotel sekitar Safira Club penuh.
  • 
    Suasana di Safira Club semalam. Penuh, pecah panggung. taklimat produk oleh wakil  Hq dan diselang seli dengan slot motivasi dan strategi ke Hong Kong.
    
    BioZone food purifier
    Slot motivasi oleh Cdm Muhamad Razali. kita semua hebat. jangan persiakan kehebatan yang ada. gunalah sementara ada peluang.


Sebelum ke Safira Club, isi minyak dulu di Stesen Shell dulu.
 

Menuju ke Safira Club. Sedikit lambat, tunggu anak-anak bangun tidur. kepenatan kerana menempuh perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama. asyik dok tanya bila sampai je. tapi inilah kehidupan yang mereka akan tempuhi bila besar nanti.


 

Pekena dulu nasi lemak. Alas perut sebelum makan tengahhari. sedap pulak tu nasi lemak. siapa yang bawa pun kami tak pasti. sedekah yang diberikan olehnya pasti dapat balasan sewajarnya.

Bersama dengan Cdm Mariam. Leader hebat Utara, meniaganya tak berapa lancar je, banyak masalah yang melanda. ketabahannya benar-benar teruji. ternyata dia mampu menangani semua itu dengan tenang. perniagaannya kembali ke landasan semula. sentiasa bertanya untuk jadi lebih tahu dan lebih pandai dalam meniaga ini dan dalam memberi bimbingan pada rakan kongsinya.

Selepas kelas, kami bersama beberapa kawan ke Warung Pak Su. Jauh ke dalam, tapi kedainya sentiasa ada pelanggang yang sanggup. Pertama kali sampai sini. Ddm Nizam yang bawa kami semua. ternyata berbaloi. Cdm Jai dan Cdm Yati selalu ke sana.setiap rabu, sebelum kelas di safira.

Ketam segar.....masak?



Kedai dirumahnya. tengoklah rumahnya yang tinggi sehingga pelanggan boleh makan dibawah rumahnya. semasa kami sampai dah ramai yang sedang makan. rata-rata makan ketam dan udang. warga cina pun ramai. kedainya terletak di kuala juru. jauh ke dalam. hari khamis tutup.

Selepas makan kami singgah solat dulu di masjid ini. terpegun dengan menaranya yang unik.

Menara Masjid kampung Sekolah Juru


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger