Jom Follow

Khamis, 16 Disember 2010

Malaysia1

Salam.
Salam Kemenangan.
Salam 1Malaysia.

Tahniah buat pasukan bolasepak Malaysia. Menewaskan Vietnam malam tadi. harap perlawanan ke2 nanti pun boleh menang atau kekalkan kedudukan tersebut. Malam tadi, kami bersama anak menonton perlawanan tersebut. Malaysia perlu perbaiki permainan. Hantaran lebih tepat dan lebih rajin kejar bola. Semalam nampak sangat kepenatan. Kalau peringkat sekolah boleh diterima tapi ini mewakili negara.Stamina mesti kuat dan mampu mengharungi 90 minit tanpa masalah. Kehadiran penonton amat memberangsangkan dan menyuntik semangat juang skuad negara. pemain no 21, penonton tak puas hati dengan prestasinya semalam. 

Vietnam pula lebih bertenaga semalam dan kita berterima kasih pada penjaga gol Malaysia, banyak menyelamatkan dari dibolosi oleh Vietnam terutamanya pada separuh masa pertama. Separuh masa pertama, pertahanan kita terlalu beri ruang buat penyerang Vietnam mencipta peluang. nasib baik kecekapan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat, dapat menyelamat keadaan.
Permaianan bagus penonton datang. harap jangan terlalu seronok dengan keputusan semalam. bukan juara lagi pun. kalau juara sekali pun baru peringkat Asia Tengara je. kena lebih fokus peringkat Asia pulak. apa-apa pun mesti bersedia menghadapi cabaran pusingan ke2 nanti.
Cdm Kartini bersama anak pun ke stadium menonton perlawananan semalam.
Sambil menonton sempat juga berkenalan dengan kawan sebelah. mana tahu boleh jadi prospek pulak selepas ini.senarai nama mesti tambah, baru berniaga sepanjang hayat.
Tersenyum puas bila menang.
Sebahagian penyokong Vietnam.

Rakyat Malaysia yang memenuhi Stadium Bukit Jalil semalam.
 

1 ulasan:

Powered By Blogger