Salam.
Salam Perjuangan.
Salam Pengorbanan.
Salam Kemenangan.
Salam Sejahtera.....
Sedang minum-minum di kopitiam tepi Sungai Kelantan. angin sepoi-sepoi bertiub. selesa dan tenang.
Warga AT; tekun mendengar demo produk oleh Cdm .Khazir |
Cdm sedang siapkan slidenya. Semakin hebat,semakin mantap terutamanya selepas bergelar Hajah. |
Masih yakin pada diri, group, produk dan syarikat dikala sesetengah orang menjauhi. tahniah, perjuangan kita masih panjang dan gelanggang masih luas lagi. |
Tak pernah lepak begini, hari ini kesempatan rehat, menanti berakhirnya NDS Kelantan, lepas tu bertolak ke KL semula. Banyak tugas yang sedang menanti esok dan hari-hari seterusnya. Masih ramai lagi rakan kongsi menanti untuk dijayakan. Masih ramai rakan kongsi yang menanti-nanti nak lihat Cdm Kartini berdemo secara live. Masih ramai lagi yang nak dengar motivasi oleh Cdm Kartini. Kerja,kerja,kerja selagi ada tenaga dan masih seronok berkerja.
Bila nak berhenti kerja?
Bila maut datang. Dalam Islam tak ada istilah pencen. Sentiasa bekerja dan jangan lupa tugas sebagai hambaNya. Orang sibuk cari rezeki/cari kekayaan dalam iman. Sentiasa berzikir padaNya.
Lepas kelas, terus ambil produk ajaib,esok edarkan pada kawan-kawan. |
Selamat kembali berjuang. Jadikan pengalaman lalu sebagai guru terbaik. Apa yang dinanti, apa yang ditunggu lagi. Akademi Berdiri teguh, bersedia membantu bila-bila masa sahaja. |
Lepas kelas hari selasa, kami balik kampung. bawa anak-anak sedut udara segar, main basikal, main pasir, main hujan. kat KL tak merasa itu semua. Rehatkan minda dan sambil berangan-angan untuk projek tahun depan. Tahun 2011 tahun yang benar-benar menjanjikan peluang meniaga terhebat. 2010 sedikit menurun, tahun depan tahun kita bangkit semua. 2011 kita booom lagi tambahan dah ada produk dan panglima-panglima baru. Kehadiran setiap program AT181,semakin bertambah. telah kembali ke landasan asal, setelah lalui liku dan jeram yang menggoncang jiwa sesetengah orang, sehingga ada yang ambil keputusan mengundurkan diri. NDS hari ini, membuktikan suasana kembali pulih. Ayuh sama-sama kita bina meniaga dan kekayaan untuk tahun 2011 nanti.
Hari ini, prospek sentiasa kita jumpa, cuma perlu buka mulut terlebih dahulu. tegur mereka dan kita sharing dengan mereka sahaja. setakat jumpa, tapi tak pernah kongsi dengan mereka. mana mereka tahu perniagaan kita. mesti buka mulut, kongsi dengan mereka. kat dahi mereka tak tertulis pun yang dia adalah prospek kita. tapi kena oper peluang pada mereka. Mana ada prospek tiba-tiba datang jumpa kita dan mahu join apa yang kita sedang buat. kita sendiri dulu pun sama. mana ada,kita g jumpa kawan dan minta nak join. mestilah upline yang jumpa dengan kita.
MLM adalah meniaga yang sesuai untuk semua orang. orang biasa-biasa, orang profesional, orang sekolah tinggi, orang sekolah atap, orang tak sekolah langsung. orang kerja kerajaan, orang kerja swasta malah penganggur sekali pun.yang penting kemahuan dan keberanian.
Kenapa tak laju?
Kurang yakin. takut nak berdepan dengan prospek.
Bagaimana nak buat?
Setiap hari jumpa prospek, kalau boleh 3,4 kali sehari. kalau dapat lakukan begitu, tak sampai sebulan sifat-sifat tersebut akan tercabut dari diri kita. sebelum yaki, lihat dulu upline buat dan cppy je apa yang upline buat. cuba-cuba buat sendiri dan sentiasa buat. percayalah keyakinan akan datang. apa yang berlaku, kita lakukan penajaan ini sekali seminggu je, mana dapat. sekali buat, rehat seminggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan