Jom Follow

Selasa, 7 Disember 2010

Salam Maal Hijrah.

Salam.

Selamat menyambut tahun baru 1432H. Semoga tahun ini menjanjikan sesuatu yang hebat. Kita buat usaha yang terbaik, untuk mendapat hasil yang terbaik untuk keluarga, negara dan agama kita. Tahun ini, kita berusaha sehabis baik untuk capai impian yang dilakarkan. 

apakah yang kita mahu jadi?
apakah yang kita nak capai tahun ini dan tahun-tahun mendatang?
apakah yang kita nak miliki tahun ini dan tahun-tahun seterusnya?
apakah yang kita nak buat tahun ini dan 3,5,10 tahun lagi?
bagaimana kita nak habiskan masa yang ada?
dengan siapa kita nak habiskan masa?

persoalan-persoalan ini mesti dijawab dengan sejujurnya. biarlah kalau perlu guna masa yang lama untuk memikirnya. mesti ada,jangan tak ada. ianya akan mendatangkan semangat untuk terus bekerja untuk mencapainya.

kami mula-mula berniaga dulu, niatnya sekadar nak dapat duit gaji yang tak cukup menampung hidup berdua. masa tu belum ada zuriat lagi. harap gaji guru yang baru bekerja, berapalah sangat. tambahan pulak baru kahwin, banyak keperluan yang mendesak. buat MLM supaya senang berbelanja. senang nak makan. senang nak berjalan-jalan. tak terlalu berkira. duit tak habis, sehingga gaji masuk. tak catu duit gaji. 

Setelah beberapa tahun buat, niat nak tampung duit gaji dah berubah menjadi satu kerjaya. telah menjadi sumbar pendapatan utama untuk diri dan keluarga. telah menjadi kerjaya pilihan. boleh bina empayar perniagaan dengan pendapatan yang lumayan. telah tinggalkan kerjaya guru.

sepanjang buat MLM, sentiasa seronok. sentiasa gembira. tak ada tekanan, tak ada arahan, tak ada jam. tak ada punch card. tak ada bos yang dok perhatikan kerja kita. happy. happy. gembira, gembira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger