Jom Follow

Jumaat, 3 Disember 2010

Citera Haji1

Salam.
Salam Perjuangan.
Salam Pengorbanan.
Salam Kemenangan.
Salam Perpaduan.
Salam 1Malaysia.

Sedang menanti  pesawat.
Sempat juga bergambar dengan haji Muhamad Ali dari Mozambiq

Bertemu kembali setelah lebih 3 minggu menyepi. 7/11 hingga 1/12 kami menyempurnakan rukun Islam ke5, iaitu menunaikan haji. Syukur dapat mengerjakan dengan baik tanpa banyak cabaran.
Dalam pesawat. Tersenyum puas dan tak sabar nak kembali ke tanah air.

Sampai kat KLIA tadi jam 10.47 am. Naik pesawat MAS MH 0151. Berlepas dari Jeddah jam 9.20 pm waktu Jeddah. Penerbangan mengambil masa 8.25 jam. Kalau ikutkan waktu Arab Saudi, kami sampai jam 5 am lebih. Tapi waktu Malaysia cepat 5 jam, itu yang jadi kami sampai jam 10 lebih.

Sebelum pulang kami tidur semalam di Grand Saha di Jeddah. Flight dari Medinah ke Jeddah jam 8.20 am. Lepas solat subuh, kami terus bergerak ke Airport Jeddah. Sejam je penerbangan dari Medinah ke Jeddah. Sampai hotel jam 12 tengah hari.

Sempat juga kami ke pasar Corniesh. Beli apa yang patut. Pasar ni ramai orang Indonesia dan Filipiina. Jemaah haji dari Indonesia di bawa ke sini pagi-pagi dari Mekah untuk lawatan dan petang akan kembali semula ke Mekah. Di sinilah tempat mereka membeli belah. kedai-kedai kepunyaaan orang Indonesi banyak di pasar ini.
Salah satu kedai orang Indonesia.
Kedai Bakso pun ada.
Beli-beli murah je.

Di KLIA tadi, beberapa rakan-rakan meniaga yang menunggu. terima kasih teman. tak sangkan kalian sudi menjemput kami. kami tahu ramai lagi yang nak sambut, tapi tuntutan kerja yang menghalang. kami tahu doa, sentiasa anda titipkan buat kami.

Antara sain sahabat yang hadir di KLIA menyambut ketibaan kami. Terharunya, masih ada yang sudi berteman dan bersahabat dengan kami. Biarlah persahabatn ini kekal sepanjang hayat. yang tak hadir kami tahu, tuntutan kerja amat banyak. kejayaan rakan kongsi jadi keutamaman semua.
Tadi anak-anak pun tak datang. suruh tunggu kat rumah je.

Sampai rumah, tetamu dijamu sup campur dan nasi, ayam goreng, sambal belacan dan ikan rebus goreng beserta ulam-ulaman. petai dan jering mesti ada. Aiman tak berenggang dengan Mimnya...23 hari tak bertemu. berbual-bual dengan telefon je buat melepas rindu.
" kemenangan bermula dengan berani mengambil risiko" salah satu pelajaran yang kami dapat semasa menunaikan haji.
berani bermula. masuki saf meskipun penuh. mana tahu masih ada lagi ruang-ruang yang boleh kita celah.
berani bertanya. biar pun orang yang kita tanya itu tak boleh memahami bahasa kita. mungkin paham apa yang kita tanya.
berani berjuang.
berani bertindak.

berani pekakkan telingan, dengan apa orang kata.




Akan ada sambungannya lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger