Salam
Salam Kemenangan.
Salam Kekayaan.
Isnin 20/12/2010. Kami masih di Medan. Lepak di Tip Top, restauran tertua di Bandar Medan. telah berdiri teguh selama 75 tahun. masih lagi menjalankan perniagaannya. kenapa? minat dan fokus yang mahir saja. Cdm Kartini sedang berbelanja di Pasar Pajak Ikan, salah satu tempat popular bagi pelancong luar. Setelah 1malam di Pekan Baru. Petang ini baru balik ke Kuala Lumpur. Datang sini, menemani rakan kongsi yang bersedia melebarkan sayapnya. mereka yang dah ada saudara mara ke, kawan seuniversiti ke, dan bersetuju untuk bergabung dengan kita. bila benar-benar nak bergabung baru datang. datang dulu baru nak cari, lebih baik tak usah.
Klasiknya meja kasir |
Makanan semuanya sedap. |
Mesin kira duit. dah tak digunakan lagi. hanya untuk dipamerkan pada pengunjung. |
kami masih lagi fokus Malaysia. belum ada lagi kaki baru kat sini. usah terburu-buru, kelak akan kecewa. mesti bina kukuh dulu di tempat kita dulu, baru teroka tempat-tempat lain pulak. kaki yang kukuh di sini, 6 kaki dah ada Cdm dan setiap bulan telah lepas wawasan. selagi tak lancar, selagi itulah kena bina betul-betul. susahnya nak capai. tapi dah ramai yang capainya. jadi tak mustahil, cuma perlu tambah rajin. tambah kerja lagi. kurangkan rehat. lebih fokus pada meniaga.
tambah rajin? banyak buat appt. nak 1 appt, mesti call prospek paling kurang pun 4,5 orang. nak call, mesti ada prospek. prospek terhasil dari senarai nama. jadi senarai nama mesti bertambah setiap hari. kena dapat kawan baru, kalau boleh setiap hari. susah nak dapat/ kenal orang baru setiap hari. mesti luas jaringan network kita. ada banyak kaedah yang boleh dibuat untuk tambah senarai nama tersebut.
beberapa cara;
- hadiri mesyuarat PIBG sekolah anak-anak.
- perjumpaan ibubapa dengan guru-guru, mesti ramai ibubapa yang hadir,
- ahli surau taman kita,
- sertai aktiviti taman, gotong royong, kenduri kendara,
- semasa beratur bayar bil di pejabat pos, beli tiket wayang, bayar di pasaraya,semasa ambil duit di ATM, beli sarapan pagi, beli goreng pisang,
- semasa sama-sama tunggu anak balik sekolah.
- ibubapa kawan anak-anak kita.
- kedai runcit yang selalu kita berbelanja.
- kedai-kedai makan yang selalu kita makan.
- tukang paip, tukang lampu, tukang gate
- mekanik kereta.
- buka booth di mana pasaraya dengan group,
- sertai pameran
- hadiri apa-apa pameran
- dan banyak lagi atas kreativiti anda untuk capai stranger
banyak lagi. itu sebahagiannya sahaja. paling penting berani tegur dulu. berani menyapa dulu.berani bertanya kabar dulu. kalau sembang tu, biarlah kita yang banyak tanya. tanya pasal keluarga dan kerjanya. biasanya orang suka kalau kita bertanya pasal kerja dan keluarganya. dari situ dengar apakah rungutannya. dari situ kita boleh jadikan senjata untuk menariknya pada meniaga. jadikan kawan dahulu. kalau nampak peluang boleh terus sharing, apa salahnya. kalau tak jadikan kawan je. mana tahu suatu hari nanti akan jadi prospek pulak, seterusnya jadi dline. jangan nak cepat, kita nak meniaga sepanjang hayat dan bukan setahun dua je. kalau ini kita boleh lakukan, kita tak ada masalah lagi pasal prospek. boleh meniaga sepanjang hayat. pendapatan kita pun tanpa had. boleh bebas berimpian lagi. ayuh bapa ibu kita teruskan meniaga ini demi masa depan anak-anak kita. demi pendidikan mereka. kita sekolahkan di Tadika yang terbaik, sekolah rendah yang terbaik, sekolah menengah yang terbaik, universiti terbaik.
Tadi aku sempat baca paper di Medan, menyatakan ada 17,000 pelajar Indonesia yang belajar di Australia. hanya 1000 sahaja yang dapat biasiswa dan selebihnya belanja sendiri, perlukan 14 ribu dilar setahun. sahabat yang kami temui di Mekah, belanja belajar anaknya RM7K sebulan yang belajar kedoktoran di Mannipal Universiti di India. pernah juga kami bersembang dengan jurujual kereta, menyekolahkan anak-anaknya di Universiti Luar Negara dengan belanja sendiri. 3 anaknya semua belajar di Universiti utama dunia. ramai juga Cdm, yang tercari-cari sekolah terbaik untuk anak-anak mereka. swasta lagi. bayarannya boleh tahan. semuanya hasil dari meniaga ini. boleh. boleh.boleh. bisa.bisa.
ramai juga yang masih menunggu, sebelum memulai usaha. menunggu untuk masuk. yang dah masuk, tunggu dulu sebelum buat sungguh-sungguh. kita pun tak tahu apa yang ditunggu itu. tunggu sibuk selesai. sibuk tak akan selesai. masa semua orang dapat sama kecualilah kita dapat lebih dari orang lain. kena pandai buat pilihan. pilihlah mana yang terbaik dalam hidup. bukan semua kita nak bikin. memang tak ada masa.....
ramai juga yang mahu terus kaya. mana ada kaya cepat. mesti kena usaha dahulu. mestilah belajar dahulu. mesti gagal dahulu. mana ada orang masuk hari ini, tunggu 2,3 bulan dah kaya. kalau sekadar dapat bonus 5 angka sekali pun itu tak konsisten lagi.masih kena bina lagi agar bonusnya stabil dan kukuh. kegagalan dalam mlm selalu kita temui. gagal kita hanyalah orang tak nak. penolakan. setiap hari kita jumpa. kegagalan lain, rasanya tak ada. permulaan meniaga biasalah banyak berlaku penolakan, belajarlah sebab musabab terjadinya penolakan. lama-lama semakin kurang.
Sebaik tiba di Pekan Baru, makan dulu di Rumah Makan Pondok Patin HM. Yunus. sedap dan menyelerakan. Jl Kaharudin No 1 Simpang Tiga- Pekan Baru. |
Sempat juga aku minum Cendol Pak Janggut di jalan M.Yamin Pekan Baru. |
Malamnya kami makan di Rumah Makan Pondok Gurih. ramai orangnya tapi cepat servis. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan