Jom Follow

Isnin, 6 Disember 2010

Pemantapan Ilmu Cdm AT181


Baru balik dari kelas di Taipan USJ. Ganti kelas yang sepatutnya pagi tadi. Pagi tadi kelas untuk Cdm-Cdm Akademi Taipan. Kehadiran Cdm hari ini sungguh menggalakan dan dapat imput yang amat berharga untuk meneruskan perjuangan dalam MLM. Dari Perlis sampai ke Sabah datang pagi tadi.
MC tetap AT181. semakin mantap, semakin mengancam, semakin menghiburkan, semakin disukai ramai

mereka yang datang rata-ratanya puas hati dengan pengisian. bertambah mantap.
Perjuangan kita masih panjang dan masih jauh lagi. usah jadikan perkara-perkara remeh penghalang kita dari mencipta kejayaan.
  • Pembuka bicara-Cdm Kartini- buatlah sungguh-sungguh. MLM inilah periuk nasi kita semua. dah full time bersama AT181. buat, buat dan terus buat. tak payah pikir nak buat lain lagi. kita semua menumpang AT181. tak ada siapa yang boleh mengaku AT181 miliknya. ianya adalah milik kita bersama. sama-sama kita pertahankan kekuatan yang ada. ramai orang yang mencemburui kehebatan kita sebenarnya. 

Cdm Hanim sentiasa kreatif, cari idea nak kembangkan networknya. sentiasa ramai yang datang setiap kali program AT181.
  • Pemantapan MP- Cdm Wan Noor Hanim- kupas bagaimana dia bentang MP.
ceria, bersahaja dan berilmu. itulah yang boleh dikatakan pada Cdm wan Iskandar.
  • Road to success- Cdm Wan Iskandar- kenapa pilih mlm. kerja yang tak ada risiko. cuma penolakan je yang ada. tapi kalau kita tebalkan muka je, kerja ini tiada risiko langsung. kerja ini, demi masa depan anak-anak kita. anak-anak kita seperti kita juga dahulu. sering bertanya kenapalah ibubapa kita sentiasa sibuk dengan kerja. hingga tak ada masa nak bersama dengan kita. sekarang ni kita baru paham kenapa. anak-anak kita pun akan paham bila tiba masanya nanti. usahlah risau. kerja kita buat pun untuk masa depan mereka juga.
Sentiasa ada ilmu baru yang dikongsi dengan warga AT181
Cdm Abang Ali sedang menyanyi lagu relax. pembuka bicara bagi Cdm Muhamad Razali
  • Cabaran, halangan dalam MLM- Cdm Muhamad Razali- turun naik adalah lumrah dalam kehidupan. masa cabarab mendatang, kita banyak belajar darinya. jangan buat silap lagi. jangan leka dengan kejayaan yang kita genggam, sehingga terlupa nak pertingkatkan lagi ilmu, strategi dan keutuhan jemaah yang kita bernaung.
  • Penutup- Cdm Kamarudin
Banyak idea-idea baru yang dapat hari ini. strategi terkini juga ada diutarakan oleh para pembentang hari ini. Semangat juang juga dicabar hari ini. Buat yang terbaik. Gerak kerja mesti berbeza dengan orang-orang biasa. Baru boleh dapat hasil luar biasa. tak boleh kerja relax.

Bekal berjuang. Bekal bertempur. Diberikan pada hari ini, bakal berguna buat cdm. berkongsilah dengan rakan kongsi anda semua. latihlah mereka jadi pejuang tulen. bukan berjuang ketika jalannya mendatar, bila laluan mendaki, cepat-cepat beralih arah.

Kelihatan beberapa Cdm dari Sabah yang ada semalam. Tahniah atas ketabahan harungi cabaran mendatang.

untuk Cdm yang jauh seperti dari Sabah dan Sarawak amat perlukan suasana seperti hari ini. boleh berbincang dengan Cdm-Cdm lain. bertukar-tukar idea. maklumla jarang berjumpa.

Cdm Abdul wakil Cdm Sarawak bersama Cdm Abg Ali dari Perlis
perjuangan kita, perjuangan murni. bantu orang lain capai apa yang mereka inginkan. bantu mereka hidup selesa. bimbing mereka bina empayar kekayaan. bantu keluar dari jalur kesusahan dan kesempitan hidup. bantu mereka keluar dari bahana hutang yang tak berpenghujung. 

apa salahnya kalau kita cipta kejayaan buat kali ke2, ke3, ke4. kejayaan lebih hebat dari yang sebelumnya. jangan terleka dengan kejayaan silam.usahlah kita dok bangga dengan kejayaan lepas. ayuh kita cipta kejayaan semula selepas cabaran ini. kita bangkit setelah zaman slow, zaman jatuh, zaman ramai yang berhenti, ketika kegawatan. ayuh kita semua mesti bangkit semula. kita mesti bangun kembali.


Cdm Nuri, Cdm Siti Sarah, Cdm Aishah dan Dsm Zah juga bersama. Jom terus maju. Jom terus bersama membina empayar kekayaan bersama AT181.


Lepas menimba ilmu, makan-makan jadi penutup. Semuanya....
Sempat juga bincang pasal AT181 Utara. Bagaimana nak mantapkan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger