salam.
dah beberapa kali aku nak ke hatyai. lepas kelas di safira club, bermalam di Kangar dan esoknya masuk hat yai. tak pernah jadi.
baru-baru ini kami sekeluarga hadiri kelas di Safira Club pada ahad pagi dan bermalam di Kangar dan esoknya masuk hat yai sementara tunggu kelas pada malamnya di Taipan Training Centre Kangar. Cdm Abg Ali dan Dsm Cik Mohd Nor biasa di sana. bersama kami Ddm Nizam. bertolak dari Hotel Putera Palace jam 9am.
|
Di sempadan Malaysia-Thailand |
|
Makan dulu di Padang Besar sebelah Siam dulu. Restoran Husna Yala. |
|
Nasi kerabu;sebelah restoran Husna Yala. sungguh sedap, memenuhi selera kami. |
|
Ini pula maggi sup. sedap. guna daging dan ayam fresh. tak cukup 1. |
|
Gulai ikan pun sedap. 6 ketul anak-anak kami makan gitu saja. |
|
Ikan duyung. tak sah ke pantai samila kalau tak bergambar dengan patung ikan duyung. |
|
Ikan duyung ada mitosnya. |
|
Ramai penjaja disekitar pantai. hari kerja, orang tak ramai. |
|
Jangan lupa icecream buatan sendiri. sedap dan mempunyai beberapa perasa. |
|
Sedang memilih perasa yang enak. semuanya enak. harganya murah je RM3. |
Selepas pantai kami kunjungi, kami ke pusing bandar hat yai.
|
Plaza yang popular di sini. |
|
Ikan bilis perasa tom yam. |
|
Sedang cuci kotoran pada seramik.terkena banjir. banjir paling dalam kawasan ini. |
|
Gerai buah-buahan. |
|
Si Penjual ikan senang menanti pembeli. |
|
CIMB pun ada kat sini. |
|
Di restoran, untuk makan tengahhari.makanannya terlebih masam sikit. |
|
Restoran Russnanee. |
|
Original ke tiruan? |
kami sampai ke sempadan Malaysia jam 6pm, jam di imigresin.hampir 1 jam. terus ke rumah tuan haji mohd nor. rehat,mandi dan makan. ke kelas di Taipan Training Centre Perlis. dah 6 bulan kelas tak diadakan. sempena tahun baru hijrah, warga AT181 perlis, bertekad memula kembali kelas-kelas di centre. ingin mengembalikan semula. centre telah melahirkan beberapa Cdm, jadi tak ada sebab tak boleh gemilang kembali. dengan ada leader dan produk terbaru. malam itu telah menunjukan sinar dan harapan baru. nak besar berniaga kena buat sendiri dan tak boleh terlalu bergantung pada upline.
|
Warga AT181 yang hadir malam itu. |
|
Cdm Fitri bertindak sebagai emcee malam tu, dari Penang sanggup ke Kangar. Semata-mata belajar bagaimana nak berjaya. Bagaimana nak kekalkan semangat juang. Lihat bagaimana orang Perlis berniaga disamping cari prospek baru, mana tahu dapat permat. ramai jumpa prospek, lebih cerah jumpa permata baru. |
|
Cdm Muhamad Razali pencetus revolusi MLM di Kangar. Biasanya MLM tak lama wujud di sana, tapi AT181 telah bertahan hampir 2.5 tahun. tahniah warga AT181, anda terlalu hebat.anda layak mencipta kejayaan hebat dan bukannya kejayaan yang biasa-biasa sahaja. |
|
Cdm Kartini juga beri sedikit motivasi malam itu. berkongsi keseronokan meniaga MLM. dulunya banyak yang mustahil, kini dah tak ada yang mustahil asalkan sentiasa berusaha gigih dan jangan hilang fokus. |
|
Mudahnya nak gi melancong ke Hong Kong, kata Ddm Nizam malam tu. semua produk termasuk dalam pakej. lebih senang, lebih mudah, lebih ramai yang layak. Paling penting diri sendiri yang layak. |
|
Cdm Pak Su juga berkongsi kejayaan malam tu. Suka ikut, suka buat,suka kelas, suka demo, suka cabaran. akhirnya jadi Cdm juga. |
|
Berkat kesabaran, kesanggupannya hadapi cabaran serta yakin dengan potensi yang ada di negeri kelahirannya Cdm Ina sanggup berkubang di sana. hasilnya kini telah nampak dan dengan adanya produk terbaru ini,kegemilangan Taipan Utara pasti meletup kembali malah lebih hebat dari yang dulu. |
Lepas kelas kami terus bertolak ke KL. sampai rumah jam 7am, tidur 4 x. mengantuk nak buat macamana. demi kejayaan dan kesenangan masa depan kami harungi mengantuk dengan sabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan