Jom Follow

Jumaat, 10 Disember 2010

Jumaat1

Salam.
Salam Perjuangan.
Salam Kemenangan.
Salam Ceria.
Salam 1Malaysia.

Bertemu lagi. Apa perancangan hari ini? sudah pasti sesuatu yang hebat bakal dilakukan untuk capai apa yang diidamkan selama ini. Semua orang ada 24 jam sehari.tak ada yang dapat lebih dan tak ada yang dapat kurang. semuanya sama. pandai-pandailah guna masa yang ada, supaya tak kerugian dan tak sesal nanti.

Kita ada banyak pilihan. Kita ada banyak perkara yang boleh kita lakukan. terpikirkah kita apakah perkara yang kita buat tu terlalu pentingkah atau sekadar main-main nak habiskan masa je.

Setiap hari masa terhad, jadi buatlah yang terpenting dulu dan diikuti yang ke2 penting. nak buat semua mati kita.....

Menekuni industri MLM ni.
  1. bagaimana nak dapat appt?
  2. bagaimana nak tambah rakan kongsi baru?
  3. bagaimana boleh tingkatkan jualan.
MLM inilah yang terpenting. servis, bimbingan, kelas, juga penting tapi paling penting adalah 3 di atas. 3 ini akan percepatkan kita capai apa yang diimpikan.

orang lama suka buat hal-hal lain, sehingga terlupa nak buat 3 perkara tersebut. akibatnya group semakin lama semakin mengecil, sales pun menurun dan income pun turun. siapa yang susah. kita juga yang susah.....

Kerja kita seperti Doktor. Mesti dapat pelanggan baru ada meniaga. mesti ada appt baru ada meniaga. nak buat appt, mesti call prospek.nak dapatkan 1 appt mungkin kena call 4,5 prospek. nak dapat 2 appt sehari, mungkin kita kena call 10 prospek.

dah dapat appt. bila jumpa nak closing pulak. mesti fokus pada MP. fokus apa faedahnya mereka berniaga dengan kita. bukan fokus apa yang kita dapat kalau mereka masuk. semakin banyak prospek yang masuk lagi besar kita punya empayar. apa yang terjadi, awal-awal meniaga je, ramai yang masuk. lama sikit semakin kurang. dah kurang appt, yang masuk pun kurang. kenapa?

nak buat appt. mesti ada senarai nama dan mesti setiap hari kena tambah. kalau tak, anda tahu apa akibatnya. banyak dok rumah. tak tahu nak gi mana. appt 1 mingggu sekali,mana boleh kaya.



Inilah syarikat yang kami bernaung selama 10 tahun. Telah melebarkan sayapnya ke merata negara. semakin luas medan usaha, asalkan rajin je. semalam kami bersama warga AT181 ke sini. belajar ilmu produk.



Abang ini pun ada. jam 4am baru tiba dari Safira. pilihan yang tepat. pilih tidur kat rumah pun boleh, tapi demi ilmu datang jua. mau ubah hidup.

Teruja lihat kelebihan produk. semuanya dok fokus. bolehlah share dengan kawan-kawan pulak. sales pun boleh naik...


Habis majlis jam1. Cdm Ah Hock sempat beri beberapa pesanan. inilah masa paling sesuai nak besarkan meniaga dengan adanya pakej pelancongan. mesti bangkit kembali setelah melalui zaman mencabar. baru sekali dan sekejap je.



Sempat juga aku jengok-jengok kat Bata yang bersebelahan dengan wawasan hai-o. murah dan banyak pilihan terutamanya kasut sekolah.

Mana nak cari semurah ini....

Lepas makan, kami jumpa dulu Cdm Ah Hock. sembang pasal meniaga dan senario terkini industri MLM. sampai rumah jam 6.30 pm. malamnya kami ke USJ Taipan dan ke KJ.


Seharian bekerja, di sinilah kami semua rehat-rehat dan bincang strategi untuk esok pulak. tempat berkongsi ilmu-ilmu terkini serta cite terkini.

kita tak boleh tambah masa yang ada tapi kita boleh pilih tindakan yang mahu kita lakukan. buat yang paling penting dulu diikutiyang k2, k3,k4 penting...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger