salam perjuangan
salam pengorbanan
salam kemenangan
salam 1Malaysia
salam perpaduan.
tinggal sehari lagi, mentari 2010 akan meninggalkan kita. suka atau tak suka, ianya pasti terjadi. 2010 tinggalkan kita saat negara merayakan kemenangan pasukan negara memenangi kejuaraan suzuku aff. bermula dengan kekecewaan tapi berakhir dengan penuh kegembiraan. bermula dengan kekalahan, tapi berakhir dengan kemenangan. tak siapa yang menjangkan ini terjadi, tapi bila pemain punyai keyakinan diri yang positif, kerjasama mantap sesama pasukan dan ikut arahan jurulatih, kemenangan berpihak pada pasukan kita.
dalam mlm pun sama. yakin pada potensi diri amat-amat penting. yakin pada group amat-amat penting. yakin pada syarikat amat-amat penting. yakin pada kehebatan produk amat-amat penting. paling penting lagi "bertindak, " action". tanpa buat tindakan segala perancangan bagaikan sampah. kekadang lebih baik orang rendah pendidikannya, mereka ini lebih pada bertindak. belajar dilapangan dan bukannya dibangku sekolah. silap, betulkan. gagal, itulah pembelajaran. berani gagal. jatuh mereka akan bangkit kembali. bagi yang sekolah tinggi, banyak sangkut pada perancangan je. tak mampu nak terjemahkan kepada realiti. nak buat, takut gagal. nak bertindak takut kecewa. akhir sekali tak buat apa-apa tindakan untuk ubah kehidupan kepada lebih baik lagi. jalani kehidupan seperti yang mereka nak jalani.
selamat tinggal 2010. aku banyak belajar sepanjang 12 bulan lepas. aku mesti sentiasa bersedia untuk hadapi segala cabaran mendatang. mesti fokus pada matlamat yang nak dicapai. cepat ubah strategi hadapi perubahan. matlamat kena tetap tapi strategi/tindakan mesti banyak. ikut situasi semasa.
fokus. fokus. fokus.
kalau nak berjaya fokus pada matlamat amat penting. tapi malangnya kita hangat-hangat tahi ayam. awal tahun je penuh semangat, bila masuk bulan 4, semangat dan menurun, kehidupan balik asal. sepatutnya kena fokus sehingga tercapai matlamat. tahun 2010, banyak lagi matlamat yang belum tercapai. kena bawa ke tahun depan pulak.
- matlamat diri,
- matlamat keluarga
- matlamat anak-anak,
- matlamat kerohanian
- matlamat sosial.
- matlamat kewangan.
dalam blog ini, kita lebih tumpukan pada matlamat kewangan. matlamat meniaga ialah nak tambah pendapatan. bila dah stabil dan kukuh pendapatan dari mlm, kita buat secara full time.
pendapatan kukuh?
mungkin 4,5 kali gaji kot. kalau bersama AT181, nak dapat RM10K->20K bukan masalah utama.
pendapatan stabil?
purata income tahunan kita cecah RM10K->20K.
selalu berlaku ialah income besar pada awal-awal meniaga, terutamanya bila kenkawan masih lagi ramai. masa ini dah berhenti kerja, bila kenkawan dah ramai masuk, income pun menurun. menyesal pun datang. mulalah salaahkan orang lain. nak berhenti kerja pun mesti sanggup/ mudah dapat stranger. kalau tak nahas. setakat nak harapkan rakan kongsi je tunjukkan prospek. baik tak payah.
bertemu di puncak kejayaan.
Motive + Action = Goal 2011
BalasPadam