Jom Follow

Jumaat, 31 Disember 2010

2011-2

Salam
Salam perjuangan
Salam pengorbanan
Salam kemenangan
Salam 1Malaysia.

Bertemu lagi. Belum tidur. Masih bertenaga. Malam masih muda. Otak masih berfikir. Masih ada benda mau dikongsikan. Masih ada cite lagi. Dah hujung tahun 2010. Tinggal beberapa jam saja lagi.

2010 akan pergi. 2011 isi ruang kosong. impian belum semua tercapai lagi. walaupun dah banyak juga yang dah capai. impian yang besar-besar masih lagi tersasar. 2011 harap akan melalui landasan betul. bergerak menuju impian.

2010, harapkan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengahari. bukan hujan je malah ribut petir datang bersama. awal tahun perjalanan dah molek. tiba-tiba masalah datang, terlalu awal, tanpa bersedia, hilang arah dan hilang fokus. sibuk selamatkan mana yang penting sehingga terlupa pada impian asal. ramai yang panik. terikut-ikut dengan cakap-cakap orang, lupa suara hari sendiri.

ramai yang hilang keyakinan pada diri dan syarikat. banyak sembang cite negatif. susah nak buat appt, susah nak closing, susah nak cite meniaga,  income mengecil, kos-kos tinggl. panik. berita negatif tersebar pada ramai orang. kelas-kelas tak mengujakan. prospek datang tapi kurang melekat. ramai rakan kongsi yang hilang jejak. undur diri. tunggu dan lihat. tak kurang yang beralih kapal.

Matlamat AT181,
  • nak lahirkan cdm setiap bulan terbantut.
  • nak lahirkan 100 cdm terjejas. 
  • target yang layak melancong 200 orang ke Perth pun tersasar.
  • ramaikan lagi yang dapat income 5 angka.
  • sales rm20 juta terbabas.
  • seminar setiap bulan pun tak jadi.
semuanya gara-gara salah paham terhadap meniaga ini. ingatkan meniaga benda kecil boleh buat sales besardengan andaian ramai yang boleh join. orang tak join pun. produk kecil, kena ada network besar baru income besar. bertahun-tahun bina baru blh capai. rupa-rupanya sales kecil dan ramai yang tak meniaga. ramai yang kepenatan. berehat katanya.

sebulan 2 ini kembali ke landasan asal. susah nak dpt rentak semula. makan masa juga. bulan 12 baru dapat rentak. sales mula naik. suasana kembali meriah. keyakinan semakin pulih. dah tersenyum lebar. prospek mula datang. 2011  lagi boom. kena bersemangat sepanjang tahun baru jadi. jangan jadi seperti tahun-tahun lepas. bersemangat hanya sampai bulan 5 je. lepas tu, buat aktiviti asal buat je. dah tak fokus lagi.

impian aku pun ada. untuk tahun depan.
  • riadah berbasikal- kena beli basikal
  • beli 1,000 buku.
  • buat library,
  • fight melancong,
  • khatam quran 6x
  • solat berjemaah dimasjid- subuh mesti.
  • bina 1 kaki baru hingga jadi cdm.
  • belajar ilmu seni foto.
  • dan banyak lagi dan lagi....
itulah beberapa impian aku tahun depan. mesti capai. mesti bertindak baru capai. dok harap jadi memang tak jadi. action.action.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger