Jom Follow

Jumaat, 3 Disember 2010

Citera Haji2

Salam.
Salam Perjuangan
Salam Pengorbanan
Salam Kemenangan
Salam Perpaduan
Salam 1Malaysia....
Baru pulang solat jumaat di masjid seri petaling.

Royal Dar Eiman- Hotel penginapan kami semasa berada di Mekah. Dekat dengan masjid. Hanya 40M dengan perkarangan Masjidil Haram. Satu bangunan dengan Felda D'Saji.Senang nak makan. Orang Malaysia, cari masakan Malaysia juga.


Hari ke 2 berada di Malaysia. Semalam susah nak lelapkan mata. Nak ubah masa tidur. Mungkin perlukan masa sikit. Masa dah cepat 5 jam dengan waktu di Mekah dan Madinah.

Mekah
subuh = sekitar 5.15 am.
zuhur = sekitar 12.10
asar = sekitar 3.15
maghrib = sekitar 5.40
isyaak = sekitar 7.10.
sekitar kat sini, lebih kurang tu la waktu solatnya. sejam sebelum subuh, azan pertama dilaungkan.

Kami sempat 3 kali solat Jumaat di Masjidil Haram. Masjid penuh sesak, terutamanya musim haji, lebih-lebih lagi jumaat sebelum hari wukuf. Tahun ini jemaah haji paling ramai. Tahun lepas kurang sebab H1N1. Rakyat tempatan tak ramai yang mengerjakan haji. Rakyat tempatan pun mesti ada pas untukmengerjakan haji. Tak boleh suka-suka gi.

Jumaat pertama terpaksa solat dalam kawasan hotel. penuh. 1.30 jam sebelum zohor. terpaksalah solat dalam kawasan hotel. kawasan hotel pun penuh. nak melangkah pun penuh dikawasan masjid. lebih-lebih lagi kita orang malaysia, tak biasa langkah orang duduk, lintas orang solat. amat ramai yang bersolat dijalan-jalan raya. lebih 2 km jauhnya dari masjid.

Jumaat ke 2, aku je yang pi masjid. mim tak berapa sihat. batuk dan selsema. 2 jam awal masuk. hanya roof floor je yang boleh masuk. panas tapi berangin. nasib baik ada bayang bangunan. boleh tahan sikit la. kena 3 kali panas dan 3 kali teduh. pergerakan matahari lintas hotel, teduh tu, bayang hotel. sejam lebih baru boleh keluar dengan mudah. kalau tidak bersesak-sesak dengan jemaah.

Jumaat ke 3, baru dapat masuk masjid. itu pun tingkat 1. syukur. penuh sesak jemaah. kena bersila hampir 3 jam. cuba bayangkan. lenguh. kita tak biasa bersila lama-lama. mungkin kalau nak ke Mekah kena belajar bersila lama-lama sikit. baru tak lenguh. boleh zikir dan baca quran lebih lama dan tanpa gangguan lenguh. kutbah jumaatnya tak panjang. sekitar 8-10 minit je. tak sama dengan negara kita. ada yang sampai 25 minit.

hari jumaat hari cuti di sana. jadi orang tempatan yang jauh pun akan berusaha bersolat jumaat di masjidil haram. itu yang bertambah sesak lagi.


Ini suasana lepas solat subuh. keadaan ini beberapa hari lepas haji. kalau sebelum, amat sesak, terutamanya selepas solat jumaat.
Kami menginap di 'Dar Al-Eiman Royal Hotel'. hotel ini terletak di Al Safwah Tower. Dalamnya ada beberapa hotel selain dari hotel yang kami menginap. di tingkat 2 ada restoran felda d'saji, milik Felda. menyediakan makanan malaysia, seperti roti canai, teh tarik, lauk pauk malaysia serta 4,5 jenis kuih malaysia. sentiasa penuh dengan jemaah haji malaysia. buka seawal jam 6.00am lagi. tapi orang beratur 20 minit lebih awal. lepas solat subuh terus beratur. beraturnya panjang dan susah nak dapat tempat duduk. kena booking dulu.


Cdm Kartini beratur nak beli teh tarik. lihat dibelakangnya ramai yang sedang beratur nak beli nasi. pekerjanya boleh berbahasa melayu. ada orang sini dan ada orang patani yang lahir di sana dan boleh berbahasa melayu dan arab. muka melayu tapi lahir di sana.
 Hotel kami menginap hanya 40M dengan perkarangan Masjidil Haram. Syukur dapat ke Masjid setiap kali solat. Ke sana melalui Tabung Haji Travel. Daftar dengan Tabung Haji, 2030 baru boleh ke sana. Cari alternatif lain. Pergi melalui TH Travel. Kena bayar lebih sikit dari pergi dengan Muasasah. Nak menginap 2 orang sebilik, lagi kena tambah duit. Kami daftar 2 bulan sebelum berangkat. Nasib baik pakej Nilam masih ada beberapa kekosongan. Kami Maktab 98 dan KT 94.

Untuk pengentahuan ramai. TH Travel menawarkan beberapa pakej. AL- Mas, Zamrud, Nilam, Delima. boleh pilih mana yang mahu. Al-Mas tu, RM120K, seorang. Paling dekat dengan Perkarangan Masjidil Haram. VVIP dan yang berduit yang pergi dengan pakej ni. seperti Aznil, Siti Norhaliza. Antara yang ke sana tahun ini,  Datuk Mukriz,Datuk Mustapha Muhamad, Sultan Kelantan, Ketua Menteri Sarawak dan lain-lain lagilah.


Sempat juga bergambar dengan Datuk Mukriz dan isteri.
Antara kemudahan di hotel kami;
  • pengeluaran duit dengan Tabung Haji
  • makanan dan minuman bagus. minuman panas dan roti 24 jam ada disediakan di restoran.
  • ceramah-ceramah agama, oleh guru agama.
  • klinik
  • pejabat operasi TH travel
  • penghantaran barang ke Malaysia. gi 2 hari dah pos barang ke Malaysia.

tanda arah ke klinik.


Nama doktor dan staf yang bertugas di sana. Cdm Kartini ke situ, ambil ubat. batuk dan selsema. 
Pakej Nilam ni ramai  datuk-datuk juga. kalau tak pun meniaga semua dan kalau kerja pun mesti income besar. Menteri Besar Perak pun ada. Sempat juga kami bergambar dengan mereka semaktab.



Bersama dengan Dr. Tengku Asmadi. Motivasi Alihan Pelajar; tajuk program motivasinya.

Bersama dengan Isteri Menteri Besar Perak.

Bersama Sabiamad Abdul Ahad(bekas penembak negara) dan isteri.

Bersama geng-geng semaktab di Mina.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger