dah ramai yang balik kampung. tahniah yang masih ada kampung dalam jiwanya. teruskan tradisi ini. raya dah dekat. dah beli semua baju raya. jangan lupa yang tak mampu. yang berada 3,4 pasang. yang tak mampu sepasang pun belum tentu. kalau boleh setiap bulan balik pun tak apa.kalau mampu. kalau tak terpulanglah pada diri sendiri. kampung sentiasa menanti-nanti kepulangan anda. banyak kenangan semasa budak-budak dulu. banyak permainan yang ada, tapi dah berkubur sekarang. nama permainan pun dah tak ingat lagi. seronok... kesian juga anak-anak aku dah tak boleh rasai mainan tersebut. aku nampak sekadar tudung botol dan kayu aiskrim je. sikitnya permainan mereka. banyak main games komputer je.
malam ini anak-anak dah balik. tak ada kerja lain, nak main je. berbasikal sana sini. tak ada takut. kat KL takut je hati ibubapa. kena culik ke. hilang ke. paper pun hari-hari dok cite yang menakutkan. kat kampung pergilah mana mau pergi. jangan masuk telaga buruk sudahlah. asalkan tahu jalan balik. jangan tak puasa sudah. terlalu kuat main. penat nanti. jarang-jarang dok lama kat kampung. mungkin hujung tahun ini, kena tinggal mereka lebih lama lagi. masa itu kami mengerjakan haji.
raya kat kelantan, banyak yang seronoknya. jalannya jam , 30 minit waktu biasa, raya boleh jadi 4,5 jam. pernah satu tahun tu minyak habis di petropam. kalut juga masa tu. mesin atm pun out of service je. kena bersedia, kalau pertama kali beraya kat kelantan. duit ambil siap-siap kat tempat anda sekarang. jangan nak ambil bila sampai kelantan nanti. nanti parah nanti. beratur pun 1 jam dah biasa kalau musim raya.
raya ke2 dan ke 3, itu masa paling kritikal. tahun ini dijangkakan lebih 600 ribu kenderaan akan bergerak di kelantan. kalau aku, dok kat rumah je senang. nak jalan-jalan, jangan musim raya. kenduri kahwin pun banyak musim raya. jalan yang jam, jambatan salor dan jalan tanah merah machang. dan mana-mana ada simpang.
kalau kat KL dah biasa, tak pelik, siap datang rumah. mintak duit raya. sekali dengan rombongan lagi. tunggu-tunggu rumah terbuka dulu. alasan terbaik punya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan