salam. bertemu kembali menerusi blog ini, selepas hari raya. selamat hari raya pada semua yang sentiasa ikuti blog ini. mulai minggu ini, kami kembali aktif. ada banyak benda yang boleh dikongsi dengan anda semua. diharap perkongsian ini dapat manfaatnya untuk kami dan anda semua.
raya kali ini, balik kampung hampir 2 minggu. puas dok kat kampung. banyak perkara yang sebelum ini tak dapat buat, dapat buat kali ini. berjumpa dengan orang kampung. dok kat kedai kopi, dengar politik kedai kopi. banyak cerita dan info terkini mereka. 4,5 jam pun tak habis. cite pasal cari rezeki di kampung. berbudi pada tanah, menoreh getah dan berternak. siapa yang rajin dialah yang kaya. rezeki melimpah ruah. jual apa pun kat kampung laku. tanam dan jual. bela dan jual. perniagaan jugalah punca rezeki mereka. semakin ramai yang berubah menjadi usahawan. berbudi pada tanah. bagi orang kampung tak ada istilah pencen bagi mereka. kerja, kerja dan terus kerja. ada yang anak-anak dah berjaya tapi kerja tetap buat. sekarang ni harga getah pun mahal. cecah rm 5 /kg. siapa yang ada kebun, boleh beraya sakan. sesetengah tu mengalah kerja staf sokongan kerajaan. ada yang mengalahkan cikgu. kerja hanya 2,3 jam je sehari. pukul 9.30am dah siap.
Wan dah 30 tahun meniaga. Naik turun tu dah biasa. Tapi sentiasa habis dagingnya. |
Belut pun laku. buat sup. |
kaki lembu. dah dipotong. hantar ke kedai roti canai. kari gear box. sekali rasa nak lagi. cicah roti canai. kaki-kaki lembu ini dihantar ke kedai roti canai di kubang kerian. sebelah stor bas skmk. |
pok su lee. salah seorang usahawan tani yang berjaya. |
subur menghijau tanamannya. berbudi pada tanah pasti hasilnya berbaloi-baloi. asalkan rajin dan tekun je. kalau malas tak dapat apa. |
anak-anak pun dapat main sakan. seronok. tak dok atas rumah pun. asyik main je. kami pun tak risau apa-apa.lepas bebas mereka. mana nak pergi boleh. kalau kat KL, mana boleh macam tu. nak beli apa pun pi sendiri. permainan pun berbagai. main dekcot, main tudung botol dan banyak lagi. budak kampung ni lebih kreatif.
naik atas rumah,mandi, makan solat dan tidur je. pagi-pagi dah bangun. main lagi.peluang main tanpa gangguan jarang dapat. kat KL jangan harap.
main bunga api pun seronok. murah. boleh beli banyak. ajak budak-budak kampung main sama. harganya murah yang amat. kat KL mahal. beli pun sikit je.
sempat juga aku beraya, rumah atok. rumahnya di pasir tumbuh. belakang bandar baru pasir tumbuh. kawan belajar dulu. sekarang ni mengajar di sekolah menengah pahi kuala kerai. guru yang komited dan tekun. wifenya pun kawan juga. mengajar di KB.
selain itu aku sempat hadiri majlis reunion sekolah menengah dulu. SMDMPR sesi 1986-1990 berlangsung di gelanggang futsal milik bulat. seronok dapat jumpa geng-geng lama. terpisah lebih 20 tahun. masing-masing telah berkeluarga dan dah ada kerjaya.
inilah permainan kat kampung. aku dulu main ni jugak. dah lama, skill dah hilang. main tudung botol. |
Main dekcot. bahasa buku aku tak berapa tahu. |
main bunga api pun seronok. murah. boleh beli banyak. ajak budak-budak kampung main sama. harganya murah yang amat. kat KL mahal. beli pun sikit je.
main bunga api je yang boleh. mercun lain tak berani nak bagi budak-budak main. mercun bola, mercun ttupat. boleh cedera parah. |
siap ada pelita lagi. ini semua untuk anak-anak je. seronok melihat keseronokan mereka bermain. kita dulu-dulu tak berpeluang nak main sebegini. maklumlah tak ada duit susah masa tu. |
bergambar dengan 2 anak perempuannya. kak long lebih tinggi dari cdm kartini. tahun ini ambil upsr. semoga berjaya. |
atok ni belum tua lagi. |
sebahagian yang hadir majlis perjumpaan hari raya. |
bersama kawan sekelas aku dulu-dulu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan