Salam. Selamat Pagi. Salam Perjuangan dan Salam Kemenangan.
Sekejap je, dah khamis. Masa amat pantas bergerak. Terus bergerak tanpa kita sedari. Rugilah kalau masa terbang tanpa kita buat sesuatu yang berfaedah.
Bagaimana meniaga setakat hari ini? Kalau perlu bandingkan dengan tahun lepas. Ada peningkatan, menurun atau statik.
Semalam kami ( ddm nizam dan cdm muhamad razali) di Safira Club, sempat berkongsi kejayaan dengan warga AT Utara. nak berjaya jangan tinggal kelas. 2,3 kali ponteng kelas. semangat pasti berkurangan. prestasi jatuh. meniaga akan merosot. kelas tempat cari ilmu, cari strategi,cari semangat, tambah positif.
Selain hadiri kelas, bergurulah dengan orang berjaya. bertanyalah dengan mereka yang menunjukan prestasi luar biasa. mana tahu kita boleh bertindak sepertinya. kita pun jadi seperti mereka juooo. jangan malu bertanya.
berhubung/berjumpa dengan upline yang boleh menyuntik semangat semangat juang setiap hari. call mereka dan dengarkan suara keramat mereka. semangat kita setiap hari terbakar, tak sempat padam api, dah dapat tiupan semangat baru. upline di sini ialah orang yang boleh membimbing kita. tak semestinya yang sponsor kita. ini kena tahu dengan jelas. kadang-kadang orang yang taja kita tu, masuk sama dengan kita, ilmu pun tak berapa ada. jadi upline leader yang akan membimbing kita.
banyak terjadi, kita malas/malu/segan nak bercakap dengan leader. mula-mula je,lepas tu ok. call mereka dan tanya bagaimana mereka bertindak sehingga jadi seperti hari ini. ini mesti buat. bertemu dan berguru dengan leader. tapi kena bandingkan juga apa yang leader cakap, mestiselari dengan AT 181. kalau menyimpang, cari yang lain.
"cakap benda sama je, bosan, boring, tak gi pun tak apa" ini orang tak paham. kalau paham setiap kali kelas, dah bawa prospek. ini tidak dia je yang datang sebantang kara. mana meniaga nak kembang. jenis ini kalau gi pun dok melilau kat luar je. kalau ikuti kelas pun separuh- separuh je. koya serba tahu. pada hal meniaga tak berapa nak jadi.
dah full time tapi meniaga tak menjadi-jadi. penolakan banyak sangat. jumpa orang nak pikir dulu. cll lepas tu dah tak angkat. sms dah tak balas. simpanan tak ada. stress mula datang. apa kena buat? hubungan dengan pasangan pun panas.
ada yang full time, menjadi-jadi meniaganya. tak menang tangan appt. untuk diri dan group. hidup mula berunah. dah tambah kereta. tapi ada juga yang tak jadi-jadi.
suruhlah ibubapa mendoakan untuk kita. pasangan dan anak-anak juga. impian kita mesti sama dengan impian pasangan dan anak-anak. lagi cepat jadi. berlaku jujurlah dengan pasangan dan anak-anak anda. sesetengahnya asyik kelentong pasangan je. cakap ada appt tapi dok lepak kat kopi kedai sampai pagi. appt sekejap je. lepak tu yang lama.
meniaga ni bukan setakat cari orang tapi cari guru, cari mentor, cari ilmu, cari bimbingan dan banyak lagi yang kena cari.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan