Hari isnin. Hari pertama kerja lepas rehat hujung minggu bagi yang kerja kerajaan dan menetap di KL. Ramai yang liat nak gi kerja. Ada yang pergi dengan terpaksa. Tak apa kerja dulu dengan kerajaan dan sambil-sambil tu meniaga. tak kira lah meniaga apa pun, asalkan halal. jual goreng pisang ke. meniaga kat pasar malam ke, meniaga ikan. boleh juga meniaga networking. menyertai industri takaful ke. mana-mana kerja yang boleh ikut kesesuaian masa kita. lebih elok, kalau ada masa depan yang cerah. boleh bina kekayaan dalam masa yang lebih singkat lagi.
Menyertai industri takaful dan MLM pun ok juga. meniaga ini, masanya kita yang tentukan. berapa yang masuk pun kita yang mintak. pendek kata meniaga ini tak menyusahkan kerja hakiki kita. jangan tinggal kerja sebarangan. kalau boleh tulis surat minta izin dari bos lagi baik. baru orang lain tak boleh komplen. kalau komplen juga, orang sakit hati je. tak boleh lihat orang rajin kerja.tak seronok bila ada orang rajin tambah duit poket.
meniaga adalah kerjaya pilihan bagi orang lain. bagi orang kita ni, meniaga adalah pilihan terakhir. meniaga setelah tak ada kerja lain yang dapat. sekarang ni dah ada sedikit perubahan. meniaga dah jadi pilihan, terutamanya orang-orang muda.
perlu berubah dan bergerak ke depan. tak boleh statik. kalau tak kita akan ketinggalan. kita tak boleh harap nasib menjadi baik, kalau berpeluk tubuh, sekadar penonton perjuagan orang lain. kita tak mungkin menang kalau tak masuk gelanggang. kita tak mungkin berubah hidup, kalau sekadar tepuk tangan atas kegagalan orang lain. bukannya bagus kalau tak pernah mencuba.
duit amat diperlukan dalam meniti dunia hari ini. tak siapa pun yang boleh menafikan kecuali mereka dah kematian sebelum maut menjemputnya. tinggal di KL, semua benda perlukan duit. keluar rumah pasti duit ikut sama. tak keluar pun duit tetap keluar. jadi apa mahu bikin. kita tak boleh tahan duit dari keluar, keperluan asas yang sentiasa naik dan tak pernah turun. roti canai naik,teh tarik naik, nasi goreng naik.semua naik, kecualilah yang dok masak alar kadar. untuk bebudak u. itu pun tak lama la meniaga.
apa yang tak naik? gaji yang jarang-jarang naik. benda lain dah berkali-kali naik. gaji terkedek-kedek je. kalau naik riuh sedunia. tapi dah tahu ke mana nak letak gaji yang naik tu. tambah loan la,apa lagi. dah lama menanti nak tambah loan.
tak ada cara lain nak tambah duit? ada, seperti telah disebutkan di atas. tapi kena rajin. tapi kena tambah masa kerja. tapi kena kurang masa dok kat rumah, tapi kena kurang masa rehat. mungkin duit juga kena sikit keluar dulu. cari ilmu dan praktik dulu. bila dah mahir nanti,wang akan masuk melimpah ruah.
kami di Akademi Taipan 181, sentiasa bersedia membantu. AT akademi paling sesuai untuk membimbing anda semua.dah 5 tahun berdiri megah, mentor-mentornya ramai dan berpengalaman. bukan setakat mengajar je tapi diri sendiri terjun, melakukan apa yang mereka cakap. mereka buat dan bukan belajar teori saja. itu lebihnya AT. mentornya bukan belajar di kelas-kelas, tapi belajar dari pengalaman.
AT tak mahu lagi, susah payah mereka itu diteruskan oleh generasi baru. lantaran itu AT di tubuhkan dan telah berjaya dalam misinya. melahirkan usahawan yang tak kenal erti kalah. usahawan yang sentiasa cari jalan keluar dari ikatan yang membelit. usahawan yang sentiasa perbaiki pencapaiannya. usahawan yang berani pertaruhkan masa depannya.
AT masih bernafsu membimbing. AT masih bersemangat membantu. AT masih ghairah memberi inspirasi.
Mentor AT, bukan sekadar itu, diri sendiri pun selalu tambah ilmu. ilmu terkini. senang nak mengajar nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan