Jom Follow

Jumaat, 24 September 2010

Kita Mesti Kaya2



wang kuat cemburu, siapa tak sayang/suka padanya, ianya akan menjauhi. semakin susah nak kejarnya.oleh itu kita kena sayangdan suka pada wang. wang akan mendekati dan masuk dalam akaun kita. buat kerja apa-apa pun mesti dapat kepuasan. menjadi penulis, mesti masuk fulus, lebih semangat lagi menulis, meskipun kongsi cerita. wang mestii masuk, sekurang-kurangnya memenuhi keperluan sendiri dan keluarga. lebih-lebih lagi kita yang menekuni meniaga. persoalan wang menjadi perseolan penting. kita wajib jadi kaya. banyak manfaatnya kalau kita kaya. bukan kita sahaja yang dapatnya malah lebih ramai lagi yang boleh merasa. 

masalah perpaduan negara banyak berkisar segi ekonomi. orang lain dapat lebuh. yang dapat sikit terasa hati.cepat sensitif. mudah tercetus pergaduhan.  kalau kita juga kaya, masalah akan berkurang. masalah sosial pun berkurang. merempit akan berkurang, ada duit mereka akan ke litar lumba. banyak kelebihan kalau kita kaya.

ramai yang akan sindir kalau cite pasal wang. selalu dikaitan kekayaan dengan cara tak halal. menipu baru cepat kaya. dalam catatan ini kekayaan itu mesti halal dan belanja pun ketempat yang halal juga. tak semestinya kena menipu baru boleh kaya. sejarah membuktikan sumbangan orang kaya terhadap penyebaran islam. tak percaya baca dan kaji sejarah tersebut. Khalifah Saidina Abu Bakar, kalau tak kaya,mana mampu memerdeka hamba-hamba pada permulaan Islam dulu. banyak lagi kisah kekayaan yang digunakan untuk membantu urusan dakwah.

kalau nak mengerjakan haji pun sama. kalau gi dengan pakej, setiap tahun kita boleh pergi. kalau tak kalau daftar tahun ini, 15 tahun lagi baru dapat. sanggup keluar rm30k-100k,tahun ni juga berpeluang pergi. wang juga yang dikira. sanggup bayar lebih dapat cepat.

banyak lagi dapat buat bila ada wang yang mencukupi.....

jumpa lagiiiiiiiiii.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger