Jom Follow

Jumaat, 24 September 2010

Khabar HQ


khabar dari HQ hari ini menggembirakan. HQ amat memahami keadaan sekarang. HQ berusaha bersama  leader memulih suasana meniaga seperti dulu-dulu. dah kerap turun padang. jelajah seluruh negara. training produk, motivasi dan strategi membina rangkaian. 

produk baru pun bakal muncul. lebih boom lagi. keperluan isi rumah. mesti beli dan tak boleh tidak. kami dapat tahu tadi dan kami yakin produk ini akan menjadi-jadi. bersedia untuk terus meniaga, dan usahlah mencari yang lain.

penjenamaan dan iklan akan diaktifkan semula. kita akan kuasai semula pasaran MLM di Malaysia. percayalah. iltizam HQ amat tinggi. mereka tak akan persiakan sesiapa yang terus berniaga. jarang kami nampak kesungguhan HQ membantu pengedar. hanya mau untung saja. kini tak lagi, duit kecil akan keluar untuk dapat duit besar. HQ mesti beri sokongan untuk kita terus memecut ke depan. kita tak berseorangan dalam membina suasana meniaga.

ulang tahun kali ini, hadiahnya lebih lumayan lagi. ada banyak hadiah hebat-hebat. kereta, motosikal, TV plasma, pakej melancong dan banyak lagi. tak rugi hadirinya. Adibah Nor akan berganding dengan Faizal tahir akan menghiburkan kita semua.

melancong ke Eropah lagi tahun depan. bersedia untuk bekerja gile-gile. umrah dah pasti. belah mana eropah tu akan ditentukan tak lama lagi. berjalan lagi kita. siapa yang tak nak, nak buat macamana.

dalam menjalani meniaga ini, kita dikelilingi oleh orang-orang negatif. lebih melihat side negatif dari melihat side positif. tak boleh meniaga besar kalau gitu. apa itu negatif??tunggu.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger