Jom Follow

Sabtu, 4 September 2010

Pagi3


dok pikir-pikir buku apa yang aku nak bawa balik kampung. mungkinkah kena beli buku-buku baru atau buku lama, untuk bacaan k2,k3,k4. kalau tak mati kutu aku musim raya. tak tahu nak buat apa. bukulah peneman aku. baca,baca dan baca. tak boleh nak bayangkan hidup tanpa buku. berapa buah buku baru cukup. entahlah.....

buku novel ke. buku motivasi ke. buku meniaga ke. pun kena pikir juga. silap-silap hari bulan berpuluh-puluh buku aku bawa balik. pernah sampai 30 buah buku, untuk seminggu je dok kat kampung. terkejut orang kampung.
sebenarnya aku dah 4 hari tak gi kedai buku dan beli apa-apa buku. dah tak boleh tahan. asyik teringat-ingat nak gi je.mungkinkah hari ini aku akan ke kedai buku atau hari isnin ke kedai buku di Dewan Bahasa Dan Pustaka. beli novel-novel melayu. dah lama tak ke sana. kalau ke sana, beli sakan aku. murah dan banyak pilihan. pilihan banyak dan kepuasan bila tengok buku-buku. susah aku nak gambarkan. tengok buku berikan ketenangan seperti orang tengok ikan berenang-renang dalam akuarium.

salah satu sebab aku sentiasa semangat, sentiasa baca buku. setiap hari. bangun tidur je ingat buku. suntikan semangat di permulaan hari. semangat kena suntik setiap hari.kalau tak boleh hilang, nak jumpa orang pun akan malas. nak kelkelas pun malas. pantang ada masa je. beli dan baca. lebih-lebih lagi setelah meniaga ini. income bertambah sikit, boleh buat apa yang kita suka. kalau aku apa lagi selain beli buku dan baca buku. betullah apa orang kata, hobi/minat lagi subur bila kewangan kita stabil. lagi gile minatnya. pernah dalam seminggu aku habis 5,6 ratus beli buku je.lain-lain aku tak berminat. cakap pun pasal meniaga dan buku je aku minat. lain tu, boleh dengar je lah.

meniaga ni mesti ada ilmu baru boleh kembang dan bertahan lama. nak buat sampai mati. meniaga ni semakin lama kita buat, semakin mudah. skill dah mantap. ini yang seronok. dapat jumpa kawan-kawan baru yang positif seperti kita. cakap pun cakap positif dan optimis. usaha gigih sehinggakan nasib pun ikut kehendak kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger