Jom Follow

Selasa, 28 September 2010

Catatan4



pagi yang mendamaikan. tenang jiwa. sedut udara pagi yang belum tercemar. renung masa depan dengan lebih optimis. deruan kereta belum kedengaran. burung-burung masih senyap. alam bagaikan masih tidur.

tidur awal, bangun pun awal. mengadap Ilahi, mohon ampun dan minta hidayah, minta rezeki yang melimpah ruah untuk diri dan seluruh warga AT, terus berzikir mengingati Ilahi.

menyoroti masa lalu, begitu cepat. kita bagaikan terpaku. tak mampu mengejar. begitu cepat, meniaga ini dah hampir 10 tahun. ada suka, ada duka. semuanya bersatu dalam kamus kehidupan ini. kita tak ada pilihan. apa yang ada terimanya. dalam meniaga ini, kita tak boleh terima suka sahaja, tapi duka pun akan muncul juga. paling penting kita hadapi semua itu dengan tenang.

dorongan dan halangan pasti muncul. dorongan memacu prestasi. halangan pun mesti ditukar menjadi pemacu terhebat. membantu capai impian.

seronok bila bonus masuk. seronok bila ada orang nak masuk. seronok bila prospek setuju datang kelas. seronok bila meniaga menjadi-jadi.

tak seronok bila berlakunya penolakan. tak seronok bila dline reject kita. tak seronok bila upline reject kita dan banyak lagi yang tak seronok.

seronok ke. tak seronok ke. meniaga tetap diteruskan. sampai bila? sampai bila-bila.

nak jadikan meniaga ini sebagai satu kerjaya pilihan. mesti loyal pada syarikat. guna sepenuhnya produk yang ada. ini mesti. baru rakan taulan respect pada kita. jangan guna yang lain tauuuuu. nak meniaga lama, tapi tak guna produk. mana boleh macam tu.

hadiri semua kelas yang AT buat. program syarikat. datang dengan niat nak tambah ilmu dan semangat. 

bertanya pada yang berilmu dan dah berjaya serta yang ikut acuan AT.  guru yang mengajar dan boleh diajar juga. jangan cari guru yang hanya boleh mengajar je. kalau tak susah nanti. guru pun yang merendah diri dan bicaranya membawa ke arah capai matlamat. bukan syok sendiri je.

terima hakikat naik turun dalam meniaga adalah biasa. bersedia setiap masa buat perubahan strategi. masa lebat tu, menabung kena buat. dapat bonus,menabung dulu baru guna. jangan guna dulu,lebih baru menabung. baru tak panik, kalau meniaga tiba-tiba merosot. mana tahu, memerlukan sedikit masa nak naik semula.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger