Jom Follow

Khamis, 2 September 2010

Aku yang bernama Aku


kadang-kadang aku terpikir, malas nak terus berjuang, berhenti lagi baik. lantaran banyak sangat rejection. banyaknya sindiran yang aku terima, terutamanya keluarga terdekat. ramainya orang yang berjanji nak datang kelas, last minit tak jadi padalah aku dah depan rumah mereka. ramainya prospek yang tak jadi masuk padahal duit dah ada. prospek aku masuk dengan orang lain, ramainya kawan yang tak nak berkawan lagi. ramainya member sepermainan dah tak nak main. geng teh tarik, dah tak suka teh tarik.

TAPI aku dah berjanji dengan diri, pasangan dan anak-anak aku, nak bahagiakan mereka, nak mendiamai rumah impian, nak beri apa yang mereka inginkan, nak gapai apa yang mereka nak, nak pergi ke mana mereka inginkan, nak sekolahkan anak-anak di sekolah yang terbaik. nak hantar orang tua mengerjakan haji. banyak lagi impian yang aku inginkan, kalau aku berhenti, kalau aku mengalah, kalau aku give up, kalau aku undurkan diri, kalau aku menyepi, bererti segala impian aku akan musnah. segala impian aku akan terkubur, segala impian aku terbang begitu saja.
 
JADI aku mesti teruskan jua, aku mesti terus berjuang sampai berjaya. aku mesti berjaya. aku tak boleh lagi undur belakang. aku tak boleh salahkan sesiapa lagi, bimbingan dah cukup, senjata dah lengkap, apa lagi yang aku mahu. aku mahu terus buat. aku mahu terus bernafas dalam meniaga ini. aku mahu terus bernafsu menjalani meniaga ini.

APALAH SANGAT cabaran dan halangan yang aku terima semua itu, kalau nak dibandingkan apa yang aku, pasangan dan anak-anak aku yang akan dapat. berbaloi-baloi kalau aku lepasi halangan itu sekarang. aku pernah tanya pada mereka yang dah berjaya. apa cabaran yang mereka hadapai sepanjang menekuni meniaga ini? sama dengan yang aku tempuhi. sekarang ini pun mereka hadapi perkara yang sama. mereka boleh lepas, aku mesti lepas juga. mereka boleh tempuh, aku pun boleh tempoh. tak ada beza antara aku dengan mereka.

ketika balik rumah dengan perasaan kecewa, prospek reject, prospek tak jadi datang kelas, kepenatan balik kerja terus buat meniaga ini. aku tatap wajah-wajah anak tersayang. terpikir aku. adakah mereka akan mewarisi kehidupan seperti aku jalani ini. banyak yang tak dapat, masih banyak kekurangan, masih tercari-cari ruang bernafas sebelum gaji,cukuplah aku yang hadapinya. biarlah mereka berjaya hidup seperti mereka inginkan. perasaan kecewa terus hilang, malah aku bertekad, aku akan terus berjuang demi anak-anak tersayang. aku akan..........

dengan penuh kerendahan hati, aku berwuduk dan bersolat. lepas itu aku tadah tangan memohon pada Ilahi. berilah aku kekuatan untuk hadapi semua cabaran mendatang. mudahkan perjalanan aku menuju destinasi, pertemukan aku dengan orang-orang positif, berilah upline-upline aku kesihatan yang baik untuk terus membimbing aku sehingga berjaya, tutup kelemahan mereka pada aku dan tunjukkan hanya kebaikan mereka pada aku. amin.

terkejut aku, bila bahu aku disentuh. pasangan aku, ternyata dia juga berdoa sama dengan aku, mengamin sama dengan aku. rupa-rupanya dalam diam pasangan sentiasa mendoakan aku. aku jadi semakin bersemangat. terasa benar pulau impian semakin dekat. ternyata aku tak keseorangan. bukan aku je yang nak tapi seluruh keluarga pun nak........kami melakar impian bersama dan tak terasa subuh menjelma. semangat tiba-tiba meluap-luap. mesti jadi.




 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger