Jom Follow

Rabu, 22 September 2010

Akademi Taipan 181


Syukur kelas AT malam ini tetap berjalan seperti biasa. kehadiran sedikit kurang. kemeriahan tetap sama. Walaupun masih mood raya. Kerja tetap kena lakukan. Kerja tetap dilaksanakan. Tanggungjawab mesti tunaikan. Janji mesti dikotakan. janji nak jayakan semua warga AT yang bersedia untuk dijayakan.

aktiviti ajar dan mengajar sentiasa berlaku. malam ni pun sama. siapa yang mahir kongsi ilmu dengan yang belum mahir. berkongsi bagaimana buka minda prospek? bagaimana nak masuk cite meniaga? meriah suasana. kurang sales sikit mesti ada sebab. tanya dengan orang lama atau dengan orang yang pernah alami kes yang sama.

ada ke yang tak nak berjaya? ada dan ramai pulak tu. tak nak buat apa orang berjaya buat. suka pilih jalan sendiri. lagi hebat katanya. akhirnya gagal.

kami masih lagi buat kerja. bina kaki baru disamping kaki lama. mesti buat seperti orang baru juga. tak boleh rasa dah cukup. mati meniaga nanti. sentiasa bina dan terus bina. banyak perkara boleh buat dengan wang. kalau ada wang banyak, boleh mengajar percuma pada yang memerlukan. kalau kita tak ada duit macamana nak mengajar percuma. maklumlah kami ni bekas guru. 

semalam sempat lunch dengan kawan lama. suruh kami hantar orang susah kat kampung mengerjakan haji. caranya cukupkan duit simpanan dalam tabung haji mereka, membolehkan mereka pergi mengerjakan haji. insyaalah. kena kerja lebih kuat lagi. tak boleh cepat puas hati lagi. masih ramai lagi yang perlukan pertolongan kami. wang bukan untuk perut sendiri sahaja..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger