Jom Follow

Ahad, 26 September 2010

Aroma Terapi Minda Kuantan AT 181


Salam. Salam pagi. Salam perjuangan. Salam kemenangan.

Program Aroma Terapi Minda Kuantan semalam berjalan seperti biasa. dan sedikit kejutan dengan kehadiran hampir 200 orang. Satu rekod bagi AT,  padahal group AT belum betul-betul besar lagi. belum betul-betul mengancam lagi. belum betul-betul menganas lagi di Kuantan. 
sebahagian peserta aroma terapi Taipan Kuantan.
Acara tukar sampul duit raya. bukan sampul kosong tu. ada yang dapat rm 100 semalam.

Kami yakin lepas program semalam, AT akan menguasai Pantai Timur pulak selepas ini.  Awas kehadiran AT ke tempat anda. datang bukan nak memusnahkan orang lain tapi nak bersaing secara sihat. semoga kita lebih pandai/kreatif dan lebih hormat-menghormati antara sesama kita.  tak ada yang mustahil, kalau kita sama-sama berusaha mencapainya. tak ada mustahil kalau kita sentiasa berusaha buat bersama AT. 
Pejuang AT yang akan menggempur seluruh pantai timur. bila yang lama bergabung dengan yang baru. kemaraan AT tak boleh ditahan lagi. kejayaan adalah penamatnya.

Siapa yang akan buat? sudah tentulah warga AT di sana. AT akan memberi sokongan dan inspirasi sepenuhnya. memberi bimbingan yang berterusan sehingga berjaya. itu pun kalau mahu ikut. itu pun kalau mau ikut acuan AT. kalau dah ada anutan lain, tak boleh nak cakap apa. terserah pada individu tersebut. sebenarnya lebih mudah capai impian kalau semua bergerak/bekerja bersama dan berimpian yang sama. masih bersama AT lagikah anda?
masih muda, tapi amat bersemangat. datang dari kedah. semata-mata nak berjaya dengan il u penuh didada.
DDM Azzad bersama mentor CDM Zulko.

Kehadiran semalam sungguh menggalakan. Ada dari Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur serta Penang. Masing-masing berkumpul, bermatlamatkan menjana pendapatan lumayan. bebas dari hutang piutang. lebih senang berbelanja, senang anak nak makan apa-apa.
CDM Wan bersama teman persekolahannya bertemu semalam setelah 20 tahun terpisah.
jarang-jarang bertemu. sempat bergambar dengan mentor hebat AT. selalu bertemu di fb dan blog je.

Kehadiran lebih 50 orang, prospek baru, hebat. harap yang datang tu boleh ubah persepsi terhadap wang dan kekayaan. persepsi positif terhadap wang dan kekayaan. selagi tak berubah, meniaga kita tak bertahan lama. lemah bila ada yang menyindir. tertidur bila ada yang mencemuh. kot-kot yang mereka kata tu betul dan memang benar terjadi. seperti orang kaya kedekut, orang kaya tak bahagia, orang kaya susah nak mati, orang kaya mata duitan. bermacam-macam lagi. bila kita dengar lagi,lagi dan lagi membuatkan kita membenarkan pernyataan tersebut. kita pun menjadi tak bernafsu nak berniaga. jadilah kita sekadar hidup cukup makan sahaja.nak berusaha lebih takut orang kata.
DDM Fiddel, orang hebat Kuantan. sinarannya menyerlah aura AT di Pantai Timur.Tahniah anda hebat dan tak berhenti jadi hebat.


dalam kehidupan kita, jarang/ tak ramai orang bincang pasal wang dan kekayaan. isu sensitif. isu orang ego. isu orang tak percaya pada rezeki yang ALlah bagi. bagi mereka rezeki secupak tak akan jadi segantang. padahal tak ada siapa yang tahu rezekinya berapa. tapi senang-senang menyatakan apa yang mereka dapat itu adalah rezekinya. mana tahu kalau kerja lebih, rezeki pun dapat lebih. Allah pun dah janji. siapa yang berusaha akan dapat.


kita mesti kaya, itulah intipati program AT, nak bangkitkan kita semula. mengembalikan kegemilangan kita dimata dunia. telah lama kita ditindas, dijajah lantaran ekonomi bukan ditangan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger