dah bersiap-siap nak bertolak balik kampung. selamat tinggal KL, tempat kami menjemput rezeki. syukur pada Allah, masih lagi beri kesempatan untuk menyambut hari raya bersama keluarga di kampung.
buat teman-teman, ketahuilah bahawa kami tak lepas dari berbuat salah pada semua dan kami memohon kemaafaan dari anda semua. semoga kita diberkati oleh Allah.
buat rakan kongsi semua, mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang kita berikhtiar menjemput rezeki. kami tahu, silap dan salah sering berlaku. tak ada cara terbaik, selain memintak maaf dari rakan kongsi semua. sepanjang menekuni meniaga ini bersama rakan kongsi semua, pasti banyak yang terkurang, terlebih kata dan banyak lagi. maaf.maaf.maaf.
buat warga malaysia. marilah kita ubah paradigma kita terhadap kekayaan dan wang. tinggikan maruah kita. kek ekonomi negara biar sama kita rasai. biarlah kita menjadi peneraju utama dan bukannya yang sisa-sisa sahaja. atau yang kerajaan beri atas kapasiti ikhsan bumiputera. orang lain tak boleh rebutnya. tengoklah rumah-rumah di Kl, siapa yang banyak beli. rumah kedai tak payah kira, terlalu sedikit. bukan salah siapa, cuma kita yang tak mampu nak beli. mahal. kita telah tinggalkan kerja yang sepatutnya kita buat. perniagaan. kita lebih suka makan gaji. padahal meniaga 9/10 punca rezeki dari perniagaan. kenapa orang lain yang berlumba-lumba. kita sikit demi sedikit ke belakang. berebut-berebut nak makan gaji. bagaimana masa depan kita, kitalah yang bentuk. bukan nasib yang tentukan. jom kita berusaha. kembalikan maruah kita. datuk nenek kita dahulu pedagang terhebat. lautan telah dikuasainya. benua mana yang mereka tak sampai. meniaga dan meniaga dan terus meniaga. kini meniaga bukan lagi kesukaan dan minat orang kita. "dah cukup, nak buat apa lagi" itulah jawapan yang sering kita temui.
kalau baca paper hari ini, bank hanya akan bagi loan hanya 80% sahaja. kalau jadi macamana nasib kita. lagi parah. harap-harap tak jadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan