sampai bila kita nak hidup begini. banyak hal kita telah ketinggalan. semakin lama semakin ketinggalan, terutamanya dalam hal ekonomi. kemaraan orang lain kita tak boleh tahan, apa yang boleh kita lakukan, kita mesti bergerak 2x lebih cepat dari mereka. rumah-rumah mewah siapa pemiliknya. rumah kedai siapa pemiliknya. penyewa di klcc, siapa orangnya. syarikat besar, siapa empunyanya. kita dah ketinggalan. mesti berubah. sekarang nilah masa terbaik.
apa perlu buat? kena keluar dari kepompong lama. kena open mind. kena ubah pandangan terhadap wang dan kekayaan. kena punyai minda kaya. bertindak/berusaha seolah-olah kita tiada tempat bergantung harap. gantung harap hanya pada Allah setelah berusaha semaksimum mungkin. ikhtiar kita lebih 100%.
langkah pertama,mesti jadi kaya. bila kaya kita boleh beri pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita. boleh tuition yang terbaik, bayar cikgu terbaik mengajarnya dan kita boleh hantar anak-anak kita di belajar di institusi terbaik dunia, tanpa bantuan kerajaan. balik nanti boleh sambung perniagaan kita.
orang lain dah lama menikmati pendidikan terbaik, kita baru nak dapat itu pun dengan bantuan kerajaan. kita tak menabung pun untuk pendidikan anak-anak. setakat yuran sekolah je yang kita mampu. lebih-lebih tak mampu. tak ada tabungan dan tak ada niat pun nak menabung. harapkan pada kerajaan sajalah orang kita. tak ada pilihan mana nak belajar. pilihan terhad. orang lain, tak ada kat sini, mereka boleh ke luar negara. pilihan tanpa had.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan