menjadi pemenang adalah hak sesiapa sahaja, tak kira siapa kita dahulu. tak sekolah, miskin, kelaparan, tak pandai cakap. tak ada yang mustahil buat yang berusaha tanpa jemu.
doa, impian dan harapan semuanya apa yang kita ingin wujudkan.
selain kita yang berimpian, pasangan juga mesti berimpian yang sama dengan kita serta anak-anak, kalau boleh kedua ibubapa kita juga. semuanya berdoa, berharap dapat yang sama, lagi cepat tercapai. semuanya doa kejayaan kita, pasangan,anak-anak, ibubapa. apa yang terjadi kita je yang nak, pasangan dan anak-anak tak berimpian pun seperti kita. susah nak capai.malah dalam AT mesti punyai impian,harapan dan doa yang sama, baru capai. kalau masing-masing ada impian tersediri, susah nak capainya.
ramai antara kita mahu yang pasti, walaupun kecil dari yang tak pasti, meskipun besar. makan gaji lebih disukai, dah tetap dapat. berniaga tak suka, tak tahu berapa akan dapat.
mulai dengan yang kanan. boleh diertikan mulakan dengan otak kanan. otak kanan ialah otak imajinasi. imajinasi adalah impian dan harapan yang kita ingin wujudkan. orang otak kanan juga optimis. segalanya mungkin. tak ada yang mustahil.lepas ada impian mesti ada action.
berbeza dengan otak kiri, realistik dan jadi pesimis dan tidak berani berimpian besar kerana " segala sesuatu itu mesti logik".
DNA- dream and action. buat,buat,buat sampai jaya. sampai 7 kali. kalau gigih berusaha. kita yang buat nasib ikut kita dan bukan kita ikut nasib. baru hebat dan menjadi pemenang.
dream cukup hanya sekali tapi usaha mesti berkali-kali baru jadi.
ada 1000 dream tapi 0 action.
1000 x 0= 000
1 x 7=?, lagi cepat dream jadi realiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan