Jom Follow

Jumaat, 2 Disember 2011

MLM: Senangnya Meniaga Ini.

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Semalam. Jadual tak penuh sangat.
Hanya pagi je ada hal sikit.
Sekadar selesaikan urusan persekolahan Aiman. 
Gi ke Sekolah Seri Abim.
Minta sign gurubesarnya. sah salinan surat beranak Aiman.
Nak ambil ujian kemasukan sekolah arab yayasan islam kelantan.
4/12/11 ada ujian kemasukan.

Itulah bestnya kerja sendiri.
Tak selalunya penuh appt.
Ada penuh. Ada tak penuh.
Tapi insyaalah setiap hari ada.
kadang2 hanya pagi.
kadang2 tengahhari.
kadang2 petang.
kadang2 malam.
kadang2 dari pagi sampai malam.
Seboleh mungkin, akan usaha juga dapatkan appt.
kalau tak ada appt, macam pelik sangat hari tersebut.

Bila tak ada appt petang.
Acara bersama anak-anak.
Seperti semalam gi main bowling kat IOI.
Penuhi minat mereka....
Sambil2 tu, cari juga prospek potensi.
Ramai juga ibubapa yang berada kat situ, temani anak-anak.
Sembang2. Jadikan kawan. Mana tahu suatu hari nanti jadi rakan niaga.
Buka mulutnya...
Senangnya meniaga ini..

Cuti-cuti sekolah ni.
Ajar Baby ngaji Iqra 2 kali sehari.
Nak habiskan juga dalam cuti sekolah.
Pastikan Aiman baca al-quran juga 2 x sehari.
Setiap kali baca, mesti sekurang-kurangnya 2 muka surat.
Syukur setakat hari ini, masih jadi seperti yang dirancangkan.

Masa free banyak sikit.
Cuti sekolah, layan anak lebih sikit.
Meniaga tetap boom.
Meniaga tetap fanstik.

Aiman dan Erin (anak jiran); main bowling petang semalam. Dah lama katanya tak main. Skill dan tak tajam. hi!hi!hi!
wow! Aiman. Lagak seorang juara. Positif dan optimis....serta konfident.
lwow! Dah macam juara, cara balingannya. Kalau berterusan asah skill, ada harapan pergi lebih jauh. Syarat tak jemu berlatih dan tak give up. Pasal duit, insyaalah kami boleh cari.
Ini satu lagi...Erin.
Mereka bertiga je yang main semalam. Aku dan cdm Kartini tunggu dan tengok saja keseronokan mereka bermain.
woit! sambil tunggu...makan dulu. maggi pun maggi lah. asalkan terisi perut dan masa. Aku pun tumpang sekaki. Mana boleh mem je makan. paling kurang semangkuk pun jadilah. Sedap pulak tu. Berbeza rasanya kalau makan kat rumah.
Buy 1 Free 1. Aiman apa lagi. Terus beli. Baju Liverpool pulak tu. Dah memang minat 'giler' Liverpool.
Tunggu aku ambil keta.

2 ulasan:

Powered By Blogger