Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Apabila berlakunya kiamat sedangkan ketika itu terdapat di tangan salah seorang kamu benih kurma, jika kamu berupaya menanamnya sebelum terjadinya kiamat, maka tanamlah benih tersebut."
Kenapa ia perlu menanamnya sedangkan kiamat sudah hampir berlaku. Dia, malah sesiapa pun tidak akan mengambil manfaat dari tanamannya itu?
Ini membuktikan bahawa amal itu sendiri dituntut dan setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dan produktif sehingga sampai ke detik akhir kehidupannya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sesungguhnya kamu meninggalkan pewaris-pewaris kamu dalam keadaan kaya adalah lebih baik bagi kamu dari meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dengan meminta-minta dari orag lain."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan