kadang-kadang aku terpikir nak berhenti berniaga.
Lantaran banyak cabaran yang datang.
Banyak penolakan yang terjadi.
Sentiasa terdera dek sindiran-sindiran tajam rakan sepejabat.
Kawan karib, mula pergi.
Tak nak jumpa. Takut aku ajak berniaga.
Tapi...
Aku dah janji dengan diri aku. Aku tak nak hidup susah lagi.
Aku tak nak hidup dalam kempunan lagi.
Aku mahu anak2 aku hidup lebih senang.
Aku mahu anak2 aku hidup lebih ceria.
Setiap tahun mampu bercuti bersama-sama.
Setiap bulan mampu makan kat luar.
Setiap anak punya bilik sendiri.
Anak aku nak makan kfc, tak perlu tunggu hari gaji.
Anak aku nak pizza hut, tak perlu tunggu hari gaji.
Anak nak isi top up tak perlu tunggu hari gaji.
Anak nak beli buku rujukan, tak perlu hari gaji.
Bapa aku perlukan duit, boleh bagi tanpa tunggu hari gaji.
Servis kereta, tak perlu tunggu hari gaji.
Anak nak beli kasut sekolah, tak perlu tunggu hari gaji.
Anak nak ikut lawatan sekolah, aku mampu tanggung.
Anak nak kasut bola, aku mampu sediakan.
Jadi mahu, tak mahu.
Aku mesti teruskan berniaga.
Aku mesti berjaya.
Aku mesti kaya.
Aku mesti jadi.
Aku mesti atasi halangan.
Aku mesti abaikan sindiran kawan sepejabat.
Aku tak kisah hilang kawan, demi nak maju dalam perniagaan ini.
Aku mesti teguhkan keyakinan diri.
Berniaga ini aku, capai semua impian aku dan anak-anak.
Kebahagian aku dan anak-anak lebih penting dari sindiran mereka.
Anak-anak aku terlalu penting.
Perniagaan aku bina semata-mata untuk kebahagiaan mereka.
Semata-mata untuk kehidupan mereka.
Aku sanggup tak rehat, demi anak-anak.
Aku sanggup kurang tidur, demi anak-anak.
Aku sanggup kejar sana, kejar sini, demi anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan