ujian kemasukan Aiman ke sekolah YIK.
tengok gambar dulu.
citernya sat lagi.
nak gi demo dulu.
balik tu boleh cite.
dah boleh sambung cite.
dah balik dari demo.
dah siap solat asar.
dah boleh ketik PC.
4/12/11
hari ujian kemasukan untuk pelajar luar kelantan.
2 2 ujian dijalankan haritersebut.
pelajar kelantan ujian kemasukan dijalankan selama 2 hari.
3 dan 4 haribulan.
|
Maahad Pengajian Islam(MPI). Tempat ujian kemasukan dan kalau dapat sekolah inilah Aiman akan belajar. Sekolah ni pun sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan juga. Pelajar yang ikuti ujian kemasukan lebih 300 orang. Kekosongan hanyalah 200 sahaja. Ujian kemasukan. Baca jawi dan al-quran. Aku berharap sangat agar Aiman dapat belajar kat sini. Nak masuk Maahad Muhammadi (L) tak layak. Nak 4A ke atas. Permohonan pelajar yang dapat 5A dah cecah 1000 orang. Belum lagi yang dapat 4A. 3A lagi la. Tak payah nak cuba-cuba masuk. Memang tak dapat. |
|
Sedang Aiman menduduki ujian kemasukan selama 2 jam. Mula jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari. Aku, Mim dan Wan inda. Bergerak ke KB. Cuci mata sikit. Dah lama tak pusing bandar KB. Singgah dulu kat kedai buku Jaafar Rawas. Dah lama aku tak kunjungi kedai buku ni. Terlalu banyak pilihan. Kitab-kitab pondok pun banyak. Buku-buku agama pun macam-macam topik ada. Cuma larat dan tak larat nak baca je. |
|
Restoran Mutiara Corner dan Pejabat Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan. Kedai buku Jaafar Rawas terletak dibangunan ini. Mutiara Corner adalah salah satu restoran pilihan ramai. Masakan popularnya aku tak berapa tahu. |
|
Kalau ikutkan perut dah kenyang. Tapi tengok orang makan telur separuh masak sedap je. Aku apa lagi, mintak sama. Nak tunggu kat kedai, tanpa oder apa-apa segan juga. Cdm Kartini masih ziarah kedai tudung dan baju lagi. |
|
Belilah juga 2 buah buku. Bekalan untuk hari depan. Buku Imam Muda dan buku tulisan dr yusuf al-qardawi. 2 2 sedang baca. sikit masa lagi akan habis la tu. Lagi pun dah beberapa bulan ni tak baca buku agama. Jadi buku2 ni sesuai sangat buat aku. Lebih-lebih lagi buku Dr. Yusuf Al-Qardawi. Menyentuh jiwa. bila baca bukunya seolah-olah kita sedang dengar dia cakap dengan kita. Mudah dan olahannya terkini. Masuk dengan aku. |
|
Salah satu tempat yang menarik kat bandar KB. Medan Ilmu... Tempat MB Kelantan beri kuliah jumaat. Jalan akan ditutup. Penuh dengan insan-insan mencari penyuluh hidup. Tapi aku sendiri x pernah sampai kat sini untuk dengar kuliah pagi jumaat. |
|
Aiman dan kawannya, bergambar berlatarbelakangkan bazar tengku anis. |
|
Tempat makan tengahari. Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan. Salah satu restoran tersohor di KB. Penuh sesak ketika makan tengahari. Lauk popular. ikan keli gulai, dan serba mok niko ada. Kalau datang KB, silalah ke sini. Rasailah sendiri keenakan masakan dia. Ulam-ulam pun pelbagai. Segar-segar pulak tu. |
Nak sekolah menengah.
Pilih situ, pilih sini.
Nak cari yang paling ok.
lebih2 lagi zaman sekarang.
pendidikan akademi banyak sekolah yang bagus.
Tapi tang akhlak, susah nak cari sekolah yang bagus.
Pikir-punya pikir, sekolah Arab jadi pilihan.
Kelantan letaknya. Jauh pun jauh lah.
Asalkan ok.
Banyak khasiat telur separuh masak. Makan waktu pagi.
BalasPadam