Pagi tadi, kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Seperti yang telah diwar-warkan.
Bertolak dari Puchong jam 9.15 pagi.
Singgah dulu, ambil barang kat Petronas Seri Kembangan.
Dari situ jam 9.45 pagi. Terus pecut. Sampai kat tol Air Keroh 10.45 pagi.
Tunggu kat situ, rakan niaga datang ambil.
Tunjukkan rumah, tempat prospek sudah tunggu.
Jasin tempat tujuan. 20 minit dari sini.
Kat sini mereka dah tunggu.
Maaf, kami terlewat. Ingatkan jam 10 pagi.
Rupa-rupanya jam 9 pagi.
Tak ingat ke. Terlupa ke. Tak dapat info.
aku tak berapa tahu. padahal sebelum subuh dah terjaga.
kalau dah pasti jam 9 pagi nak bertemu, dah pasti lepas solat subuh terus jalan.
ini tidak, rehat2 dulu sampai tertidur. hi!hi!hi!
(padahal kekenyangan; jam 6 lebih dah pekena nasi)
jam 8.30 pagi baru terjaga. Terus bersiap. dapat call jam 9 pagi dah orang tunggu.
kelam kabut sikit...
aku tunggu kat luar rumah je.
bersama angah dan cdm hamaka.
sembang kat taman kanak-kanak la gamaknya.
Lepas isyak.
Ada satu lagi demo.
jumpa kat warung nasi lemak ayam goreng berempah.
nama tempatnya aku tak tahu.
ini kali pertama aku sampai kat situ.
sampai awal pada prospek, sempat menjamah nasi lemak.
aku sekadar ayam 2 ketul sahaja.
dah kenyang, belasah nasi kat rumah, lepas solat maghrib.
Syukur demo, lancar dan berminat.
memang dok cari jalan bikin duit lebih.
insyalah. esok beri dokumen yang diperlukan.
itulah demo hari ini.
semakin sibuk. semakin panas.
hari-hari ada demo. hari-hari sibuk berdemo.
jumpa prospek. jumpa rakan niaga.
nak bertahan lama dalam biz MLM.
mesti sanggup turun padang.
mesti boleh turun padang.
mesti boleh bekerja seperti orang baru.
tak boleh suruh rakan niaga bawa prospek ke kelas sahaja.
kita convince kat kelas. susah nak close.
jadi lebih baik, jumpa dahulu. biar prospek dah
paham apa meniaga yang kita sedang buat.
bila dah paham, bawa ke kelas untuk lebih yakin lagi prospek tersebut,
terhadap biz mlm yang kita sedang buat ini.
x ada demo?
macamana nak kaya?
macamana nak lama berbiz?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan