Jom Follow

Isnin, 26 Disember 2011

Jutawan Senyap- Ubi Keling.


Singgah sini dulu.
Kampung Paloh, Tanah Merah.
Banyak gerai di sepanjang kampung ini.
Jual hasil pertanian...
ubi keling, jagung, ubi badak, labu dan beberapa jenis lagi.

Beli apa yang patut.
Beli apa yang susah kat KL.
Kalau ada pun harganya lebih tinggi.
Dah lah harganya tinggi, bekalan lama punya.
Dah lain rasanya kot.
( biasa beli ke, ckp gitu. Kalau agak baik tak payah)

Ubi keling. RM5 sekilo ada RM7 pun ada.

Labu pun ada.

Ini pun ubi keling

Macam-macam saiz ubi keling.

Ini ubi itik....

Sedang layan pelanggang.

Kira jangan tak kira. Orang kata ggori pagi-pagi ni
Aku cukup kagum.
Depan rumah mereka dirikan gerai.
Orang kata tok dok ssajo.
Jual hasil pertanian, ditanam sekitar kampung.
Mana tahu, ada antara mereka dah jadi Jutawan Senyap.
Mana kita tahu. 9/10 punca rezeki dari perniagaan.

Mereka dah amalkan. Kita ni bila lagi.
Kalau tak berniaga pun, berilah sokongan pada yang meniaga.
Jangan lah pulak, dok sindir, dok menyata belakang pasal orang-orang meniaga.
Nak cari duit lebih. Tak salahkan. Tak berdosakan.
Dahlah tak sokong. Kutuk pulak.
Tak nak berniaga. Tak nak sokong. Senyap jelah bro.
Mereka rajin. Mereka nak kaya. Biarkanlah mereka berusaha.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable