Jom Follow

Jumaat, 30 Disember 2011


Dah sampai rumah.
Dah boleh tidur.
Dah boleh mimpi yang enak-enak.
Dah boleh terbang ke alam fantasi pilihan.
Dah boleh ke Vietnam/Holland/Belgium.
Secara percuma, bawa diri sahaja.

Rumah - USJ - Taipan Corner - Rumah.

Segelas kopi, dua buah buku jadi peneman aku tadi. Menelaah sambil tunggu kelas produk habis. Sempat juga berbicara dengan teman baik aku ini. Ingatkan malam ini boleh terus berbicara sampai pagi. Kalau tak larat tunda pertemuan kita esok pagi.

Kerepok Lekor. Sedap. Susah nak jumpa kat KL yang sesedap kat sini. Setiap kali ke sini. Kerepok Lekor hidangan wajib. Malam ni saja order sampai 6.

Cholek nenas juga tak tinggal. Kesukaan Cdm Kartini.

Sabar menanti.

Lepas kelas.
Kami ke Taipan Corner.
Makan dulu sebelum balik.
Tak makan tak leh tidur.
Perut asyik berbunyi.

Ada geng baru.
Tak pernah sampai sini.
Dsm Azza denganisterinya
Masih alam honeymoon lagi.
Tapi kelas tak pernah cilok.
Tahniah semoga lebih suksess lagi di masa-masa akan datang.

Lain-lain geng, bertamu di Makbul.
Diskusi kat situ pun panas dan cukup bermakna bagi yang ambil kesempatan.
Minum, makan dan sembang pasal visi dan misi tahun depan.
Bagaimana nak besarkan rangkaian dan naikkan sales masing-masing.
Bukan sembang kosong, tapi sembang penuh berisi.
Sembang penuh hikmah. 

Ada juga yang terus balik.
Nak rehat dan esok kena kerja .
Ada juga yang dari opis terus ke kelas.
Tahniah. Pengorbanan anda pasti terbalas jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger