Jom Follow

Ahad, 18 Disember 2011

Pertemuan Selepas 14 Tahun...


Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Semalam.
Sabtu.
17/12/2011.
Satu pertemuan semula, setelah berpisah sekian lama.
Dah 14 tahun, tak berjumpa begini.
Rumah aku jadi medan pertemuan tersebut.
Lagi pun, mereka yang nak datang tak berapa ramai.
Mungkin tahun-tahun akan datang lebih ramai yang akan datang.
Kat rumah, senang. Nak dok berapa lama pun tak kisah.
Nak sembang berapa lama pun ok.
Nak makan banyak mana pun ok. Masak je.
Anak-anak pun boleh main sampai puas.

Dah lama rancang nak jumpa.
Masing-masing ada FB, senang
Tapi bila tiba harinya.
Masing-masing ada hal.
Tak apa, lain kali ada lagi.
Lama tak jumpa.
banyak kisah. banyak cerita.
banyak suka dan duka.

Cite zaman belajar paling seronok.
Macam tak akan habis kisahnya.
Ada-ada saja kisah yang dibawa.
Macam-macam kisah yang dicungkil kembali.
Ingatan semakin segar, seperti semalam baru terpisah.
Padahal dah 14 tahun terbang ke sana, ke mari.
Masing-masing ada kisah suka duka sendiri.

Kisah anak-anak apa kurangnya.
Dah cecah tingkatan 1,
kalau belum pun dah darjah 6.
Ada yang masih tambah anak.
Ada yang dah cukup.



Mereka yang hadir semalam. Meriah. Seronok budak-budak main. Bertambah kawan. Tak sabar nak jumpa lagi.
Ini baru 4 keluarga yang hadir.
Dah 15 orang generasi penerus.
Amir datang, tapi seorang diri saja.
Sibuk, nak jumpa kawan katanya.
Jadi tak boleh bawa isteri dan anak.
Usahawan dan aktivis sememangnya sibuk,
lebih-lebih lagi suhu pilihanraya sedang meningkat.


Keluarga yang hadir.
Ridzuan Mohamad, Along(isterinya) bersama anak-anak.
Dah 5 anak rupa-rupanya. Tak percaya. Dah tengok.
Bila buat kerjanya. Jangan tanya.
Mereka berdua ni coursemate. Bercinta sambil belajarla kot. hi!hi!hi!
Belajar Jurusan Biologi di UPM.
Ridzuan juga housemate aku. Lama juga dok serumah.
Terpisah bila dia balik KT, kerja kat sana.
Sambung kursus guru dan sekarang 2 2 mengajar kat Kemaman.

Anak-anak;
Suhaila
Irdina
Arfan
Amani
Iqbal

Azura Alim juga datang bersama anak-anak.
Suami ada tugasan lain.
Dah 3 orang anaknya.
Seorang usahawan stesen minyak.
Tahniah.
Anak;
Al- Hadi,
Al-Hijjaz (baju kuning)
Al-Huda.

Ini pun sama.
Kahwin coursemate. Bercinta sambil belajar.
Dah 4 anak. Dah besar. Tahun depan UPSR.
2 2 jadi cikgu. Belajar Jurusan Pendidikan Sains(biologi).
Mengajar kat Bangi dan satu lagi mengajar kat Pandan Indah.
Menetap di Bangi.

Anak-anak;
Anis Jasmin
Ainaa Nabila.
Adiba Alya
Asma Amalin

Cek Ngoh, Along, Azura, Cik.
Ibu-ibu zaman FB.
Bertemu setelah 14 tahun terpisah.
Bertemu semula semalam. Seronok sakan.
Mengulas zaman-zaman belajar dahulu.
Masing2 dah berkerjaya. Dah mantap pun.

Kamarudin, Azimin, Amir dan Ridzuan.
Ini pulak kaum bapa.
Kesemuanya coursemate kecuali aku.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger