Jom Follow

Jumaat, 2 September 2011

Cdm Kartini Berniaga??


 Cik Som nama diberi. 'Mek' panggilan anak cucu.
Usahawan senyap. Usahawan makjun warisan keluarga. Orang panggil 'ubat itam'
beliau generasi ke 9 yang mewarisi kemahiran membuat makjun.
Sapa pewaris ke 10?
  adakah Cdm Kartini...bakat tukang urut dah ada sikit2. 
Nak cuba. Boleh....
cuma tak di asah saja... hehehhe...perniagaan mek ni macam tak nampak.
Macam tak buat apa-apa. Tapi bulan-bulan masyuk.
banyak pulak tu mengalahkan gaji anak2....yang kerja gomen la...
tapi bukan Cdm Kartini dengan Cdm Hamaka punya income  laa...(berlagak la tu).
Masyuk banyak, limpahan buat anak cucu. 
time raya, rantai la..gelang la..subang la..
cucu dapat. 



Bapa mertua. Harun namanya. 'Wan' panggilan anak cucu.
Lebih 30 tahun berniaga daging lembu di Pasar Pasir Putih.
Sebelum itu sebagai penoreh getah.
Bertukar kerjaya, menjadi peniaga. 9/10 rezeki dari perniagaan.
membesarkan anak2 ... alhamdulillah semua dah bekerja.
Asal dari Narathiwat Thailand ..
berkelana ke Kelantan 40 tahun yang lalu, datang sehelai sepinggang.
bawa harapan dan impian untuk hidup lebih senang.
beri kehidupan yang terbaik untuk anak-anak.
menumpang teduh di laman orang,
  sebagai upah jaga kebunnya.
sampai bila nak kerja dengan orang.
tak kaya, walaupun makan mudah.

nah!
dah tahu kenapa Cdm Kartini berniaga.
mewarisi dari ke 2 2 orang tuannya.
itu saja tak cukup kalau tak berani ambil risiko...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger