Jom Follow

Sabtu, 10 September 2011

Semalam Yg Ku Tinggalkan.


Semalam. Jumaat, 9/9/2011.
  1. Hantar anak ke sekolah attamimi, Usj. Dah 2 hari merengek-rengek suruh aku hantar. Kesian nak bermanja.
  2. Terus ke Shah Alam. Seksyen 10. Restoran Hartinie. Sarapan pagi. Laksam, Beehun + Kari Ayam+hati lembu. Jauh pun ok, asalkan sedap. Jauh pun, jalan tak jam lagi.
  3. Balik Rumah. 
  4. Ke Masjid Sri Petaling. Solat Jumaat. Makan dulu. Nasi+masak lemak cili padi ayam+ikan bakar+ulam. Air tebu. Semuanya cukup menyelerakan. Makan pulak ketika perut berbunyi-bunyi. Aku jenis suka makan. Sorrylah kalau asyik catat pasal melantak. hi!hi!hi!Tempat yang aku gi memang best. 
  5. Balik rumah. Rehat. Baca novel pilihan. "Paradoks'.Baca majalah 'Malaysian Business' dan 'Top 10 of Malaysia'.
  6. Lepas maghrib ke ziarah raya Encik Rosli.
  7. Ke Stokis Ng. Kerja mengecat sedang berjalan. Nak lebih ceria. Biar teruja, siapa yang datang. Biarlah warna dan dekorasion menjurus kepada kecantikan dan kekayaan.  Program WAB lebih memikat hati. WAB lebih menarik dan bisa jadi gelombang ke3,4. Bisa boom kembali meniaga.
  8. Balik rumah. Baca buku dan tidur. Asyik tidur awal. Mengantuk awal. Penat. Terlebih makan. Berat badan makin naik. Dah cecah 98kg. Sat lagi 100kg. hi!hi!hi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger