Jom Follow

Isnin, 5 September 2011

Tiket Masa Depan...


Aiman gi tiusyen malam ini.
Pusat tiusyen kancil.
Usj Taipan....
mula 7.30pm-10pm.
pulun sakan. masa dah tak banyak tinggal.
makin dekat, makin hangat, makin panas.
makin rajin, makin kemah....
13/9 ni...
penat sikit lawan.
malas sikit lawan.
boring sikit lawan.
abah tahu, balik sekolah dah lewat.
penat dan main bola lagi petang.
tapi korbanlah sedikit masa demi masa depan.
korbanlah masa rehat, demi masa depan.
korbanlah tv seketika, demi masa depan.
korbanlah tidur, demi masa depan.
pendidikan tiket masa depan.
tiket dunia hari esok.
tak ada tiket, sengsaralah hidup.
hidup jadi lebih suram,
dan banyak impian terlepas begitu saja.
hidup jadi tak keruan.
kerja pun susah nak dapat.
kalau dapat pun gajinya tak seberapa.
ini yang pasti.
berlumba-lumbalah cipta kejayaan dalam pendidikan.upsr, pmr dan spm.
kawan-kawan abang pun penat, tapi mereka tetap tiusyen.
kawan-kawan abang pun malas, tapi demi masa depan mereka tetap gi tuisyen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable