Sahabat Blog.
Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya 1432H..
|
Majlis sambutan hari raya. kali ke 2 dianjurkan. semakin ramai yang hadir. majlis pun lebih teratur. ramai yang bawa anak-anak kali ini. aku belajar 1989-90. SPM 1990. |
|
Ismail Hamat. Orang kuat alumni. kalau tak kerana usaha dia, majlis ini mungkin tak jadi. komited dan suka dengan aktiviti sebegini. suka kumpul kawan. jadi penghubung antara alumni. penyambung silaturrahim. murah rezeki. kerja di trolak. felda. |
|
Kawan lama. sesekali jumpa memang seronok. banyak kenangan akan terkeluar. satu kl, satu kelantan. 1 cikgu, 1 manager. |
|
banyak kisah. banyak cite. cite baru. cite lama. cite dulu-dulu. masa belajar. cepatnya masa berlalu. pantas. tiba-tiba dah tua. anak-anak dah sekolah menengah. |
|
Antara bekas pendidik yang sudi hadir. ada yang dah pencen. aku tak kenal mereka. tapi aku bangga dengan mereka. membimbing dan doa agar anak muridnya menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. melayan perangai anak murid dengan sabar. nakal-nakal tu biasa. budak-budaklah katakan. sekarang tak lagi. dah jadi cikgu pun ramai. apa yang mereka buat kat cikgu dulu, anak murid meraka pun buat pada mereka. |
|
Zawawi Ismail, classmate aku. masih maintain, smart. dah lama menetap di pasir gudang. minat berniaga. sekarang ni suplly majalah asuh ke sekolah-sekolah agama di johor. itu part time je. kerjanya lain. bos lagi tu. gajinya jangan kira. anak 2. dah tingkatan 1 dan darjah 3. bila mau tambah? |
|
ni sorang lagi classmate aku, semasa tingkatan 4. mail pletin. sekarang ni cikgu. mengajar disalah sebuah sekolah di tapah. Aku pernah sampai kat rumahnya. masa tu dia menyewa. sekarang ni dah ada rumah sendiri. ada kebun durian lagi. |
|
Bapa yang prihatin dengan anak-anak. Roslan Halban. classmate aku, masa tingkatan 4. ketua dorm semasa aku tingkatan 5. dia pernah marah kat aku. suruh aku kejutkan dia awal pagi. nak belajar. aku dah kejutkan dia. siap bersembang lagi. dia mengantuk, nak tidur lagi. pagi esoknya dia marah aku. tak kejut dia. ingat lagi? sekarang ni, usahawan berjaya. beri bimbingan pada sape-sape yang nak ubah hidup. nak hidup seperti mana yang diimpikan. |
|
Bertuahnya anak. dapat ibu sepertinya. suap lagi tu. alida mustapha. betulkan. ketua kelas aku masa tingkatan 5. aku rasala. kalau tak betul. betulkan. aku takut dengan dia ni. muka garang. jarang senyum. menulis dengan tangan kiri. sekarang ni, cikgu. mengajar di batu gajah. |
|
Sebelum berpisah. sempat lagi ambil mutiara kata dari guru sekolah rendah. YB Amran dan Hasmadi. Terima kasih cikgu. Bimbinglah kami sampai bila-bila. |
|
Tengku dan Zasmadi. Aku sempat bersama dengan tengku setahun saja. tingkatan 5 dia pindah ke KB. bawa diri kot....sekarang ni kerja dengan kerajaan negeri. dah jadi ustaz. siapa pun tak sangka. |
|
Bergambar bersama. lebih 50 orang yang hadir. dah kira bagus. belum masuk anak-anak. dah bertambah dari tahun lepas. masih ada lagi yang tak datang. mungkin tahun depan akan join. cik suraya. wan aziz. yusri. stopa, ppadi. faizal adib dan ramai lagi. boleh ajak skali classmate cina. lagi meriah. |
|
Roslan Mat Akil. Anggota Polis. Bertugas di Saratok, Sarawak. satu hostel dengan dia. atlet sekolah. |
|
Isteri dan anak-anak aku turut hadir. lepas majlis kami terus gerak ke KL. |
alhdlh,semuanya bjln lancar. maaf la weh ambo ada musakkah mlm tu huhuhuhu...mstr ki
BalasPadamnext season will be better tok...insyaAllah..
BalasPadam