Jom Follow

Ahad, 4 September 2011

Pesan Papito

Muhammad Khaliq Amar.
Salah seorang permata aku dan cdm kartini.
2 hari lagi, akan cecah 6 bulan.
papito seperti ayah yang lain.
inginkan anaknya hidup bahagia aman damai dihari depan.
akan aku memberikan yang terbaik untuk mu.
kasih sayang yang terbaik.
pendidikan yang terbaik.
makan pakai yang terbaik.
penjagaan kesihantan yang terbaik.
terbaik, ikut kemampuan papito.
untung nasib mu dihari depan,
tergantung kepada apa yang papito berikan hari ini.
tergantung kepada karakter yang papito bentuk.
pemberani, positif,optimis.
papito akan buat tabungan yang secukupnya
untuk mu melayari dunia pendidikan tanpa bergantung kepada kerajaan.
nanti kena ungkit2 pulak.(tak berterima kasih)
biarmu bebas berkelana mencari penghidupan sesuai dengan kehendak dirimu.
dengan pendapatan yang papito dan mama bawa pulang,
rasanya mampu bina tabungan yang cukup.
insyaalah.


Sebagai anak lelaki. harus tabah, berani dan jangan mengaku kalah. jangan menangis kalau kau tumpas atau kalah kerana esok masih ada. jiwa mesti perkasa.

Mahu jadi apa bila besar nanti?



Hidup mestilah ada prinsip dan berdisiplin. jangan bergaduh/berbalah sesama adik beradik. sentiasa kuat menguat. sentiasa bekerjasama.

Jadilah yang terbaik. Sumbanglah sesuatu pada keluarga, agama dan negara. Pokok adanya buah. Manusianya adanya budi dan jasa.

Jangan buang masa. Jadikan al-quran dan sunnah sebagai panduan hidup. hidup didunia sementara dan hidup akhirat kekal selama-lamanya. walaupun sementara kita mesti buat terbaik dan bukan dipijak-pijak oleh orang bukan islam.

Kuasailah ilmu seperti mana ulama-ulama dahulu. Orang islam menguasai dunia ilmu dan kini tak lagi. oleh itu kembalikan kegemilangan tersebut. tuntutlah ilmu dan kuasailah bahasa asing. english, arab, cina, peranchis dan lain-lain, ikut kemampuan mu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger