Jom Follow

Sabtu, 10 September 2011

3 Cerita.

Ddm Zana. Menanti hari dinobatkan sebagai Cdm. Bukan setakat menanti saja, tapi hari-hari bertindak sesuai dengan impian. Semakin dekat Cdm, semakin rajin. Semakin sibuk. Semakin tak menang tangan.Perjalanan sebagai netwoker, sesuatu pengalaman yang unik. Nak sampai ke tahap tertinggi, mehnahnya berbeza antara seorang netwoker dengan netwoker yang lain. Masalahnya pelbagai. Adanya mudah di atasi. Ada juga yang sukar diatasi. Ada yang sentiasa bersama dengan kita. Orang lain hanya boleh beri pandangan, tetapi mereka tak bagi duit pun kalau kita miskin. Paling penting, jangan berhenti buat. Sentiasa buat. Hari-hari buat.

Orang hebat. Leader hebat. Pemimpin kental. Bertemu. Pasti ada ilmu yang dikongsi. Pasti ada strategi baru yang dikongsi. Syukurlah masih ada peluang untuk terus berniaga. Masih ada peluang untuk bertemu antara satu sama lain. Ddm Melati, Cdm Roshila dan Cdm Pak su. Dari latarbelakang yang berbeza, tetapi ambil peluang terhidang depan mata. Setelah dapat peluang. Terus bergerak. Pandang depan sahaja. Kejayaan telah mereka miliki. Tirai kehidupan tersingkap satu persatu. Indahnya kehidupan, bila masalah berkaitan kewangan selesai sedikit demi sedikit. Banyak benda boleh buat. Banyak perkara boleh selesai. Pening-pening kepala hujung bulan dah lama tak merasa.

Beraya kat rumah Keluang Man. Lepas kelas safira club. Sebelum bertolak ke KL. Kena beehun singapora. Belasah sakan. Tak nampak kiri kanan. Nampak depan je. Kena pulak sambal kicap. Masing-masing tambah. Tak ingat, nak drive jauh lagi tu. Mengantukkan. Tak sampai KL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable