Jom Follow

Ahad, 4 September 2011

cite kahwin


cite kahwin. banyak boleh cite. cite panjang. cite pendek. cite suka. cite duka. cite lucu. apa-apa cite pun ada dalam cite kahwin. ada yang kahwin. ada yang belum kahwin. ada yang tak kahwin-kahwin. ada yang kahwin, kahwin lagi. ada yang kahwin, kahwin, kahwin lagi. ada yang kahwin. ada yang cerai. 

cite kahwin. cite paling panas. ada yang kahwin. bertahun-tahun. dapat anak 4,5 orang. tamat perkahwinannya. apa sebab. tak payah cite. empunya diri punya rahsia. kalau tanya. mulalah bagi alasan. lepas itu kahwin lagi. makwe lama. makwe sekolah rendah. makwe seuniversiti. macam-macam makwe ada.

cite kahwin. cite sensasi. ada yang kahwin 1 malam. ada yang kahwin 1 minggu.ada yang kahwin 1 bulan. lepas itu cerai. masa kahwin, meriah senegeri. keluar paper dan tivi. apa sebab jadi? mesti ada sebab. tak payah tanya. nanti bertubi-tubi alasan mari. semuanya cite basi.
bercinta bagai nak rak. dari sekolah rendah. sambung sekolah menengah rendah. sambung lagi sekolah menenga. bertahun-tahun menyulam kasih. tak jadi kahwin sudahnya. tak ada jodoh. ada yang kahwin tapi tak lama. tak bahagia. huru hara. mana silap. mungkin sesuai dengan bercinta sahaja.

aku ada kawan. sama umur. sekolah rendah sama. sekolah menengah rendah pun sama. aku dah kahwin. dia belum kahwin. itu yang tak sama. masih di kampung. masih mencari. katanya. aku tengok,macam tak cari-cari. aku tertanya sendiri. bila dia nak kahwin. aku, anak dah 3. dia belum ada anak. tak kahwin. mana ada anak. ngot.

ada lagi kisah. nak kahwin. tak ada orang nak. makwe ada. semuanya sekerat jalan. kerja ada. rupa ada. otak ada. tak kahwin-kahwin.

ada bercinta dulu. baru kahwin. ada yang kahwin dulu. baru bercinta. mana-mana pun boleh. asalkan bahagia. asalkan happy. ada juga yang tak bercinta. sebelum kahwin dan selepas kahwin.

ada yang bercinta. bertunang. kahwin tak jadi. ada yang bercinta. bertunang. dah 3 tahun, masih dalam pertunangan. bila mau kahwin?

ada juga kawan. bertahun kahwin. dah ada beberapa anak. isteri meninggal. besarkan anak seorang diri. dialah bapa. dialah ibu.

ada juga kes. berkahwin. dapat anak. tiba-tiba isteri beralih arah. berpisah. jadilah dia,bapa dan ibu pada anak-anak. nak cari ganti. bukan senang. anak dah ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable