Jom Follow

Ahad, 11 September 2011

Jamu Mata, Suntik Momentum...

Sahabat Blog.
Sahabat Akademi Taipan181.
Bertamu lagi.

Aku sebenarnya baru balik dari Valkswagen.Das Auto. Ramainya orang. Ingatkan tak ramai. Gi je boleh masuk. Rupa-rupanya 1KM kena beratur. Nak patah balik. Parking dah bayar. Dah park kereta. Nanti apa pulak kata anak aku. Apa pulak pikir anak aku. Bapaknya tak tabah. Tak sabar. Kena beratur sikit dah tak nak. dah nak balik. Kena tunjuk hebat. Kena sabar. Apa-apa pun barang baik bukan senang dapat. Kena usaha lebih baru dapat. Itu sebelum registration. Lepas tu pun beratur lagi. Tengok tayangan video dulu. Lepas tayangan video baru dapat tengok pameran kereta Valkswagen. Untuk semua itu perlukan 2 jam baru habis. lenguh kaki berdiri.

Rugi sape yang tak pi, yg free. yang tak gi mana-mana rumah terbuka raya. Brader yang beratur depan aku, semalam dah datang. Sampai turn dia je pagar tutup. padahal baru jam 7pm. Dah tak leh masuk. Hari ini datang lagi. Ada juga pakcik depan aku. umur dah cecah 72 tahun. pun gi. Apa yang mereka teruja sangat tu. aku tak tahu. aku gi saja nak tengok2 model kereta. Tak pernah, tengok dari dekat model keluaran volkswagen. tak ada kawan yang pakai. tengok kat jalan.

Aku gi dengan baby. Malas gi sorang. Terkulat-kulat. Senyap sunyi. Nak cakap pun tak ada yang kenal. Bawa baby, bolehlah melayan aku cakap. Adalah juga yang kacau aku. Nak beli tu. Nak beli ni. 'abah nak kencing', 2 kali pulak tu. Nasib baik toilet tersedia. Kalau tak nahas aku. mana mau cari. 

Cdm Kartini pulak gi Nilai. Ada hal katanya. Demo. Cari demo. itu aku kurang pasti. Lepas WAB terus gi. Nah sekarang jam 7.15pm belum sampai rumah lagi....harap-harap positif hendaknya.
Jauh dah nampak. Dalam puasa dah buat persiapan. Setiap kali lalu, nampak orang dok wat kijo. Dok tanya-tanya nak buat pameran apa? Rupa-rupanya pameran kereta.
Lebih 1km beratur. Orang lain boleh sabar. Aku pun mesti boleh. Cuma orang kita je yang kurang sabar. Kalau kena beratur mulalah tak nak.
Akak ni. Tengah sarat pun sanggup datang. Bukan itu saja, kena beratur lagi. Kena pastikan anak-anak ada disekitarnya lagi. Kalau dia boleh. Aku pun boleh. Semangat nak tengok kereta Valkswagon.
Dah dapat ni, senyap sikit. Untuk apa. Saja-saja bagi. Kalau panas@hujan boleh buat teduh kepala. Kalau kepanasan boleh buat kipas-kipas. Bisa sejuk sikit. hi!hi!hi!
Promo ini dah lama. Aku rasa dah 1 bulan lebih dah keluar kat nuffnang. Aku pun tak perasan. Tengok ekor mata je.

Keadaan pintu masuk. Masuk pun 1 group 20 orang. Tengok Brader sedang ambil gambar tu. Semalam dah datang. Tak sempat masuk. Hari ini datang lagi. Pakcik dan Makcik kat depan tu. Umur 72 tahun, masih datang. Nak tengok pameran kereta. Nak berdiri lama pun dah tak larat. Siap bawa kerusi lagi sang suami.

Pemandangan dari pintu masuk utama. Nun jauh di sana orang ramai beratur.

Ini baru meja registration. Ramainya orang. Aku tertanya-tanya sendiri. apa daya tarikannya. Begitu ramai yang sanggup datang. ada yang tinggalkan majlis rumah terbuka kenkawan.

Selepas ruang registration. ini ruang ke 2. Beratur lagi. bagi kanak-kanak disediakan games. bagi yang sampai kaki je. taklah boring sangat mereka.

Suasana beratur seterusnya. Sabar. rilek. banyak kerusi. duduk2lah dulu.

Ini pun ada. Jual jangan tak jual. Mahal. Malas nak tengok.

Kena beratur lagi. tunggu lagi. makin tertanya-tanya. apa hebatnya pameran, sehingga 2,3 tempat kena beratur, tunggu nak masuk ke pintu seterusnya.

Skrin Besar.

Salah satu kereta yang melintasi di hadapan skrin gergasi.

Golf 160PS TSI=RM155,888.

Model Toureg 280PS V6=RM428,888

Model Eos 210PS TSI=RM257,888

Good. Hebat. Teruja.

Model Scrocco 210PS TSI=RM243,888

Model Passat 200PS TSI=RM269,888


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger