Jom Follow

Rabu, 21 September 2011

Akibat Malas

ha!ha!ha!
aku kembali lagi.
dah lama tunggu. perasan. mana ada orang tunggu. 
mana tahu. ada yang dah lama ikuti blog ini. 
blog aku ni berkisar, kehidupan aku.
kehidupan aku atau diari aku seorang berniaga mlm.
sedap ke tak sedap. menarik ke tak menarik. 
aku tetap aku. aku tetap menulis. aku tetap tumpahkan pada blog ini.
aku tetap mencatat. sejarah hidup. berharga 10, 20 tahun lagi.
itu pun kalau aku masih bernyawa. hi!hi!hi!
aku dah lama menulis. dulu2 kat buku je. 
kisah kehidupan aku, sebagai pemain mlm,
dah lama aku tulis. 2001, 2002 lagi.
bila aku baca, seronok. happy. tahu perjalanan yang telah aku lalui.
sayangnya tak konsisten. sekejap buat. sekejap tak buat.
malas. 
aku juga yang rugi. orang lain, tak rugi.
kalau rugi pun anak2 aku. itu pun kalau mereka tahu menilai.
padahal dah banyak kisah jatuh bangun,
dalam perniagaan ini.

aku berblog pun baru.
tahun lepas. masih muda lagi. masih banyak yang kurang.
masih banyak kena belajar. masih banyak kena tambah.
itu pun kalau aku nak belajar. kalau tak nak, apa boleh buat.
diri sendiri yang rugi. belajar kerana ilmu. 
bukan niat2 lain. tak ada periksa pun.
tak ada orang semak pun apa yang aku dah pandai. 
apa yang aku belum tahu. belajar kerana aku nak belajar.
kadang2 aku walking2 blog orang lain.
kerdilnya blog aku. banyak yang kurang.
aku tak kisah. asalkan aku boleh berkarya. boleh meluah. boleh keluarkan.
apa yang dok main kat minda.
untuk aku dan mereka yang sudi dikongsikan kisah aku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger