Jom Follow

Sabtu, 3 September 2011

Aku Tak Akan Kalah.


Sampai KL. Nak cari kedai tomyam bukan mudah. kedai masakan siam masih tutup. balik kampung. lepas raya puasa 6 baru datang. Baru boleh makan tomyam. teringin sangat. dah sebulan tak pekena tomyam. Pilihan terakhir ke sini. Imprial Chakri Palace di KLCC. Gi bersama Cdm Kartini dan Aiman. Baby gi rumoh Mok Ku.

Tunggu makanan sampai. Sempat lagi membaca. Saji pulak tu. Tambah ilmu. Tambah semangat nak mencuba resepi. Mesti sedap. Air tangan isteri.

Pertama sampai. Cholek daun kadok. Best. Semalam aku yang sapu, padahal sebelum ini aku tak makan, jeling pun tidak. Rupa-rupanya sedap. Campur dengan kacang, kelapa, cili, bawang, limau, buah jagus. Makan macam makan sireh. Boleh cuba. mesti tak tahan punya. sekali kena, nak sokmo.
Pilihan wajib. Tomyam udang putih. Jangan tanya. Sedap ke tak sedap. Memang sedap. Inilah tarikan utama aku ke sini. semangkuk tomyam, 3x tambah nasi. Wow! kekenyangan yang amat.

Masa bayar, sempat tambah senarai nama.
 "dah berapa lama kerja?'
"umur berapa?"
"ada KWSP?"
"nak kerja part time?"
itu soalan-soalan biasa.
jangan malu dan segan.
mana tahu dapat yang punyai potensi untuk jadi leader.

pekerja kat sini.
sasaran bulan ini.
bantu dia tambah income.
bantu dia capaikan impiannya.
bantu dia dan bantu keluarga dia.
Itu pun kalau dia mahu.
Belum jumpa lagi.
Sekadar no telefon.
Tak bermakna kalau tak call buat appt.
Call pun tak bermakna, kalau tak buat appt.
no tel pun tak guna...kalau hilang.
dapat no tel, tu simpan elok-elok.

Wawasan kena lepas.
dah tak ada alasan lagi.
puasa dah habis.
kerja kena teruskan.
bukan setakat kena teruskan,
malah kena buktikan mlm masih boleh cari makan,
pada rakan-rakan niaga yang lelah bertahan.
kena buktikan kami masih buat,
kami masih boleh cipta income
buat melayari kehidupan yang selesa.
kena buktikan masih bersinar di hai-o ini.
mentarinya tetap cerah memberi cahaya dan tenaga kehidupan.

aku dan isteri pasti menang.
anda juga pasti menang.
semuanya pasti menang.
menang dan terus menang.
kita sedang kembali.
kita sedang berlari.
kita sedang melompat.
kita sedang memecut.
kita sudah hampir pada impian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger