Jom Follow

Jumaat, 24 Jun 2011

Tetap Tumbuh.


Jumaat- Sri Petaling, originally uploaded by kartinimatyaakob.

Aku pasti tumbuh.
Aku pasti berjaya.
Aku tetap bangkit kembali.
Aku tetap cemerlang kembali.
Janji syarikat utuh berdiri.
Mati. Mati aku taja baru.
pergi!pergi! aku taja baru.

aku ambil hari ini. 8/7/11. sayang. belum besar dah musnah. belum kukuh dah dikhianati oleh tangan-tangan ganas. kalau ikutkan gambar 1, dah besar. dah tumbuh besar.
 jangan musnah aku.
aku pun nak hidup.
bagilah peluang.
bajailah aku.
patah tumbuh ,
hilang beganti.
kena jaga baik-baik.

Jumaat. 23/9/11. Aku kembali subur. Semakin besar. Semakin cantik. Tiada lagi tangan2 nakal yang mematahkan aku punya pucuk2. Tambah pulak, selalu hujan. Tanah kian subur. Aku juga bertumbuh bergaya.
 Aku tetap lawan.
Aku hanya tahu, tumbuh subur.
Lain2 aku tak tahu.
Aku punya kerja, naik dan terus naik.
Capai awan pun tak ada masalah.
Bila aku besar nanti.
Ramai yang boleh ambil manfaatnya.
Paling kurang tumpang berteduh dari panas.

Macam aku berniaga.
Buat tetap buat.
Meskipun ramai yang dah tak nak buat.
Aku nak kaya. Aku nak duit banyak.
Tahun depan, aku nak gi umrah dengan anak-anak.
Tentulah belanja pun besar.
Kena kerja kuat dan menyimpang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger