Jom Follow

Khamis, 2 Jun 2011

Arwah Ddm Kunaini- 83 foto

IMG_0180IMG_0179IMG_0178IMG_0177IMG_0175IMG_0174
IMG_0173170420112088170420112087170420112086170420112078170420112072
170420112066170420112061170420112062IMG_9611170420112063IMG_9776
IMG_9775IMG_9774IMG_9773IMG_9772IMG_9771IMG_9770
Ddm Kunaini, a set on Flickr.
bertemu kembali.
masih terkejut. masih sedih. masih suram.
terkedu, hilang semangat bila aku tahu berita kematiannya.


Ddm Kunaini
baik hati, mudah mesra, hormat orang, ada keinginan berjaya.
sentiasa bertanya. suka bergurau, suka bergambar, mulutnya boleh tahan lazer.
ringan tulang, berusaha penuhi harapan orang, emcee hebat Miri.

terbang ke KL, sentiasa ada buah tangan.
kek lapis sarawak, ikan terubuk, belacan dan banyak lagi.
kami pun dah booking 4 biji kek untuk raya tahun ini.
siap minta kurang manis lagi.

Ddm Kunai,
meninggalkan kita diusia 27 tahun. terlalu cepat.
masih banyak pengorbanan yang ditagih keluarganya.
pengorbananya terlalu hebat, habiskan cuti sekolah dengan berniaga.
rindu pada ibu dan keluarga dipendam demi memenuhi impian
bahagiakan ibunya. hantar ke mekah dan bina rumah selesa buat keluarga.
setiap kali ada acara kat KL, sosok tubuhnya pasti sampai.
demi ilmu untuk terus maju dan ubah kehidupan keluarga tercinta.
 
semasa melancong ke perth. akademi taipan hanya 13 orang tapi bagaikan satu bas.
kepetahan dan kebolehannya menghidupkan suasana ceria. sikit bagaikan satu bas.
aku pulak sebilik dengannya. seorang yang jaga solat. suka beri khidmat. berdisiplin. 
pakaian aku ddm kunai yang tolong packkan. masak air, masak meggi.

Ddm Kunai.
al-fatihah buatmu insan terpilih.
menabur jasa buat keluarga dan akademi taipan. 
biar sekejap cuma, akan diingati sepanjang hayat kami.
hadirmu dalam setiap acara akademi berikan keceriaan.
ubah suasana suram, jadi geger dengan telatah mu.
kehilangan yang tiada pengganti sepertinya.
ingatkan bakal jadi Taiko Sarawak.
tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuknya.
ya Allah tempatkan rohnya bersama orang yang bertakwa.
ayuh marilah warga taipan, kita sedekahkan al-fatihah buat insan baik ini.
buat cdm asiah,  ujian ini memang berat, tapi akan ada penggantinya. 
mungkin lebih baik lagi.

2 ulasan:

  1. Salam takziah untuk keluarga...
    kenal sekejap dah mesra...sedih tapi kita semua harus redha.
    Al-Fatihah

    DSM Tarmizi
    Arau/Sik

    BalasPadam
  2. Salam takziah untuk keluarga...
    saya pernah berkongsi pengalaman JTX1000 dengan beliau, sedih, tapi kita semua harus redha.
    Al-Fatihah..

    DSM Shaiful
    Bukit Jalil KL.

    BalasPadam

Powered By Blogger