Jom Follow

Khamis, 30 Jun 2011

Malaysia vs Taiwan.

  
Suasana diawal perlawanan. Dapat masuk setelah perlawanan berlangsung lebih kurang 5 minit. Tiket baru beli, nasib baik tak lama sangat beratur.
Sibuk berniaga. Sibuk jumpa prospek. Sibuk bantu rakan niaga. Dicelah-celah kesibukan tersebut, masih lagi beri masa pada diri meneroka minat yang tertanam sekian lama. Menonton bolasepak di stadium. Tahun ini dah beberapa kali, bersesak-sesak di stadium. Menonton perlawanan-perlawanan penting bola sepak.
Bukan setakat ibu-ibu yang hadir, anak-anak juga hadir bersama. Beri sokongan pada pasukan kebangsaan Malaysia vs Taiwan semalam. Walaupun mereka tak tahu apa yang terjadi, sekurang-kurangnya dapat lihat keseronokan pemain dan penonton dalam stadium. Baby boring yang amat. Komplen penonton bising. Tak senang duduk.
Tak sampai 1/2 jam dah jumpa kawan. Dah mesra. Dah boleh bermain bersama. Mudah. Senang. Kalau buat networking memang berjaya. Itu budak-budak. Kenapa kita yang dah berumur ni, sepatut lagi cepat bina persahabatan dengan orang yang baru kita temui. Pasti senarai nama akan sentiasa bertambah. Tak susah nak cari prospek.
Lihat Mak cik kat bawah tu. Dari mana datang. Dengan siapa datang. Semangat betul dia semalam. Tak senang duduk dia semalam. Sekejap duduk,sekejap berdiri. Sekejap kat atas, sekejap kat bawah.
Ini yang aku alami sendiri.
Aku beli 4 tiket, dari kaunter.
Ada ulat ambil tiket dari aku.
bawa aku dan rombongan masuk stadium melalui pintu kenalan mereka,
tanpa tiket dikoyak.
Jadi tiket tersebut akan dijual balik.
Harap pihak FAM ambil tindakan.
Agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

2-1
Malaysia menewaskan Taiwan.
Akan bertemu lagi 3/7/11 di Taiwan.
Kerja lebih mudah sikit.
Perlawanan ok la, menarik.
Penonton pun ramai, lebih ramai dari 
perlawanan kelayakan Olimpik 2012 minggu lepas.
Penonton seronok dengan permainan pasukan Malaysia.
Menang pulak tu.

Meniaga kita pun sama.
Semakin menjadi-jadi.
Semakin mudah tarik prospek.
Semakin ramai yang close.
Senyuman semakin manis.
Mimpi pun berbunga-bunga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger