Jom Follow

Ahad, 12 Jun 2011

Bicara Petang.




Bukan selalu dapat peluang begini.
Bicara petang di tepian pantai.
bicara bersama Cdm  Fitri.
Banyak juga ilmu yang dapat dikongsikan bersama.
Ilmu berniaga dan bagaimana nak kekalkan momentum yang ada.
Kalau boleh momentum tersebut dimaksimumkan dan kekal dalam jangka waktu yang lama.
Apa yang berlaku, momentum sekejap je singgah kepada kita dan rakan kongsi. macam bas berhenti-henti.
ambil penumpang terus bergerak. belum sempat letupkan meniaga, kita dah layu, seperti kangkung dicelup air panas.
layu selayu-layunya. nak jual pun dah tak laku.
Motivasi luaran sekejap je datang. 
Motivasi luaran mesti kena tambah dos setiap kali kita beri.
Sebab itu, motivator kena sentiasa tukar. Kalau tak ' dah biasa dengar' akan keluar dari mulut-mulut,
rakan niaga dan ghairah nak datang dengar pun dah kurang.
' isi sama je'
Oleh itu, motivasi dalam cukup-cukup penting.
Ibarat nian yang sentiasa memanaskan semangat untuk terus berjuang, terus bertahan dan terus berjaya.
Motivasi dalaman?
Bagaimana nak bangkitkan?
Sentiasa baca impian yang telah kita lakarkan dan bersetuju menggapainya melalui perniagaan ini.
Baca dan baca. Kalau boleh baca dengan suara kuat. Biar bangkit singa yang tersembunyi dalam tubuh.
Mengaum tak kira masa. Mengaum mencari mangsa. Melompat atasi halangan. Mengejar musuh sampai close.
Satu tak close, cari mangsa lain. Mangsa lain tak close, cari lagi mangsa seterusnya.
Jambatan Pulau Pinang dari tempat kami santai. sekarang ni dah 3 lorong. 
masa kami bina network kat sini, masih 2 lorong. sedang buat penambahan.
kami sampai petang kat sini. sengsaranya nak masuk pulau. sesak sangat-sangat.
serkarang ni pun masih sesak lagi. mungkin sedikit kurang.
Masa itu, kelas pun beberapa kerat.
berterusan datang. datang dan terus balik.
Datang penuh semangat nak berkongsi dengan prospek.
Kadang-kadang Cdm Fitri dan Isteri je yang tercongok.
Nak kongsi apa?
Kami tak kecewa. Malah terima ini sebagai pendidikan buat kami dan Cdm Fitri..
Nak berjaya kena selalu datang.
Nak berjaya kena selalu menunggu upline datang. 
Malah tak sabar-sabar nak berbicara.
Bukan datang bila ramai prospek menunggu.
Datang bila leader yang setia menunggu anda dengan keinginan meluap-luap untuk berjaya.
Kejayaan akan tiba, bila tiba saatnya. Setelah mehadapi ratusan, ribuan cabaran.
Mungkin sebagai ujian kepada kita dan leader tersebut.
Kami sentiasa pujuk hati ini.
Mana tahu suatu hari akan kembang biak.
Siapa yang untung.
Kami juga.
Pulau Jerjak.
Semakin menggamit pengunjung.
Dulunya penjara dan pusat kusta.
Kini tinggal kenangan.
Kenangan untuk dikenang.
siapa yang pernah mendiaminya.
Yang tak pernah bersangkut, tak ada apa nak kenang.





Meja kosong.
Menanti pengunjung.
Santai lepas balik kerja.
Lepaskan lelah seharian bekerja.
Boleh meniaga kat sini.
Petang yang mendamaikan.
Musim durian, Balik Pulau.


Bagi peminat durian.
Datang Penang tak pekena durian Balik Pulau.
Rugi besar. Sedapnya lain macam.
Sebiji pun dah cukup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable