Jom Follow

Isnin, 27 Jun 2011

Isnin2

Hasilnya paling penting. Tunggu 2,3 bulan lagi, baru nampak hasilnya.

semalam telah berlalu.
hari ini, muncul kembali.
hari untuk kita cipta sejarah baru.
hari untuk kita raih sesuatu yang luar biasa.
hari untuk kita buka diari baru yang lebih indah.
hari ini pelangi-pelangi indah berada atas kepala kita.
Mesti berani. Berani. Berani. Buat. Buat dan terus buat. Tengok hasilnya nanti. Orang tak nak, kita tak mati pun, cari yang seterusnya.

hujan pagi ini.
tandanya kemarau telah berakhir.
tanah-tanah subur kembali. 
pokok-pokok kembali caria.
hati kita pasti berbunga-bunga.
Dunia penuh dengan wang. Diman-mana ada wang, cuma perlu tahu cara nak tarik wang tersebut. Dimana ada manusia disitu ada wang.

kita dilahir untuk jadi juara.
kita dilahirkan untuk jadi pemenang.
kita dilahirkan untuk mengatasi segala halangan/cabaran.
walau siapa pun kita, latarbelakang, pendidikan dan keturunan.
kita tetap jadi juara....

Penduduk Malaysia 27 juta orang. Prospek memang tak habis. Kita yang kehabisan harapan, menyebabkan gelap mata dan tak nampak prospek lagi...rugi.

9/10 punca rezeki dengan berniaga.
kita dah berada dalam dunia perniagaan.
dunia penuh duit. dunia penuh pitis.
dunia penuh wang. dunia penuh dolar.
walaupun penuh wang, halangan/cabaran pun hebat juga.
cabaran dalaman. cabaran luaran.
cabaran luaran lebih mudah.
tapi cabaran dalaman lebih sukar.
ramai yang tersungkur lantaran cabaran dalaman.
Saya boleh! Saya hebat! Saya pasti berjaya. Laungkan setiap hari supaya meresap dalam minda separuh sedar. Anda akan tahu apa akibatnya nanti.

cabaran dalaman.
tak yakin boleh berjaya.
tak yakin potensi yang ada.
berada dalam zon selesa, tak mahu berubah.
Pikir boleh, maka kita boleh. Pikir tak boleh, maka tak bolehlah kita. Pikir gagal, maka gagallah kita.

mlm adalah dunia unik.
ramai jutawan lahir dari dunia mlm.
dunai bagi yang berani mencabar diri.
dunia kejayaan tanpa limit.
hadnya wujud bila kita menciptanya.
bila kita letakkan batas-batasnya.
dunia bagi yang rajin.
dunai buat yang tekun.
dunai buat yang kreatif.
dunia penuh kebajikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger