Jom Follow

Rabu, 22 Jun 2011

Hong Kong7; Hari Terakhir Di Hong Kong.


Selamat pagi.
Salam pertemuan setelah balik dari Hong Kong.

Hotel penginapan kami selama 4 hari 3 malam di Hong Kong. L'Hotel, 8 Yeung UK Road Tsuen Wan, Hong Kong. Hotel yang sibuk, punyai 1,000 bilik. Semua peserta Seminar Seberang Laut, seramai 615 orang, menginap hotel yang sama. bilik kami 4314. Bayaran internet DHK 120 sehari. Nak guna ke letak deposit DHK 500. Kena tiga hari...boleh tahan juga.

Salah satu kereta yang dipamerkan di parking hotel. Nina Wang, wanita terkaya di Asia. Kisahnya cukup-cukup popular di Hong Kong. Meninggal 3/4/2007, memiliki harta sekitar $4 billion. Suaminya hilang jejak!!

Sarapan pagi terakhir. Baru sempat bertemu, dah tak terkejar-kejar masa. Tunggu check out aje. Banyak cerita yang keluar. Bagi yang pertama kali melancong, satu pengalaman luar biasa hebat. Teruja dan akan sedaya upaya untuk fight lagi ke destinasi seterusnya bersama dengan rakan niaga pulak. Mesti dan tak boleh gagal. Sikit atau banyak pakej bukan soalnya.Janji buat sungguh-sungguh hati. Belgium dan Belanda mengamit kita semua.


Kesempatan yang ada, kami pusing-pusing sekitar hotel. Tengok pasar mereka. Lalu kawasan peniaga ikan. ikannya segar-segar dan banyak yang masih hidup. Riuh rendah macam pasar kat Malaysia juga. Cuma lebih bersih dan tengah-tengah kesibukan kota. Walaupun ramai, tak banyak kenderaan kiri kanan jalan. Mereka ke pasar hanya berjalan kaki. Penduduknya menghuni sekitar bandaraya. Atas kediaman dan dibawahnya kedai-kedai malah pasaraya sekalipun.
Antara ikan-ikan segar yang dijual di pasar. Oksigen dibekalkan untuk ikan terus hidup. Ikan lebih segar.
Bagi oksigen.

Ikan oh ikan. nanti ada yang kata, pasar ikan pun gi. Memang tengok. Lihat gelagat mereka. Lihat disiplin mereka berniaga. Lihat bagaimana bersihnya pasar mereka.Lihat ikan segar jadi hidangan  mereka.
Ikan apa?
'ttenen' segar dan lebih panjang.
Dokong pun boleh ditemui di sini. $12 perkg. Kalau duit kita RM5.
Manggis pun banyak. Katanya dari Thailand.
Durian pun ada. Harganya terjangkau.

Tempat tumpuan orang ramai. Aku juga bertemu dengan beberapa warga indo berbelanja dipasar ini.
Pakaian juga dijual. Pilih!pilih! Harganya lebih murah. Mungkin kualitinya kurang sikit. Tapi designnya menarik.
Sibuk!

Ini salah satu toko indonesia yang terdapat di sekitar pasar ini. Dimana-mana komuniti mereka pasti ada. Aku bertemu dan sempat bersembang dengan salah seorang dari mereka. Dah 40 tahun menetap dan cari kehidupan di Hong Kong. Dah tak cocok lagi dengan kehidupan di Indonesia.
Sekolah yang ada kat sini. Dalam bangunan. Tertutup. Tak tahu pun ini sekolah.
2 jam juga kami pusing-pusing.
Lepas itu, kamera aku tutup kedai, hinggalah sampai rumah. 
Dah banyak gambar yang aku ambil. Kenangan cukup indah.
Lebih rasai berada di Hong Kong.
Beberapa kali juga kami naik MTR. 

Disneyland resort- Sunny Bay-Nam Cheoong- Tsuen Wan West. Balik sendiri dari Disneyland.
Tsuen Wan West-Mei Foo-Admiralty- Wan Chai. Makan malam hari ke 3.
Wan Chai-Admerilty-Mei Foo-Tsuen Wan West.Balik hotel.
Cekap. Tepat. Senang. Murah. Dekat.

Jam 12pm bertolak ke airport.
Jam 3.24 masuk pesawat. 
Jam 4.25 terbang. 
Jam 7.45 sampai KLIA.
Jam 8.00pm solat dulu di terminal c.
Jam 8.45pm ambil bagasi. 
Bayar parking RM 144.00 untuk 4 hari.
Sampai rumah..
Bertemu dengan anak. Lepas kerinduan pada mereka.
Pengorbanan mereka pasti dapat pulangan lumayan.
Doa mereka pasti dimakbulkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger